..I Believe ALLAH Has Bigger Plan For Me Than I Had For Myself..

Depa maiii lagi... Penilaian pss 16

Masih ingat pd post aku sebelum ini mengenai jawatan GPM yg telah diserahkan kpd cikgu lain.? Haa.. Rentetan yg baru berkesudahan hari ini..

Dan masih ingat tentang puan boss yg kdg2 aku ceritakan??
Selalu kagum dgn setiap perbentangan beliau.. Allah berikan kpdnya aura,kepetahan dan keyakinan..dan beliau telah bersara.

 Hari ini mencatat sejarah untuk diri sendiri,perlu membentangkan apa yg pernah beliau bentangkan.. Dia punya  cuak,tuhan saja yang tahu,tapi disebabkan perlu sediakan fail sampailah ke saat saat yang terakhir, xsempat nak melayan cuak di dalam hati.

Pertama kali aku kena menggoreng secukup rsa depan pegawai2 lain.. (selalu bdk2 ja)

Saat saat mcm nilah aku merindui puan boss.. Haha.. Walaupun beliau kdg2 menambah lg kerja tp beliau jugak penyelesai masalah..

Salah satu yg aku takut,aku x blh elobrate sedetail beliau.. She always know everything around the school. Aku pulak xckup msa nak stdy semua event yg ada dalam slide. Gila ka apa.. 70+ slides.hahaha

Kak eni dah pesan awal2 dh, jangan lagu..jgn laju...

Dan di sepanjangan p3mbentangan aku tu,aku terbayang muka puan boss saja.hahahaha.. How she would explain if she was there..

Yang aktiviti dalam sekolah.blh la aku menggoreng..kaitkan dgn literasi maklumat..mai hat program international,aku bca tajuk jela.haha .yg aku tau conference.. Haha..

dan Dihujung2 suara masih terdgr lagi nada gemuruh yg cuba dilindungi..aku xnafikan, sedikit sebanyak keyakinan aku bertambah sejak aku mula menjadi gpm..such a great experience. Yes. But nope. I dont want to continue as gpm.. Not for now.

Dan hampa tau dak.... Yg instrument kami dok follow for the past three weeks tu rupanya 2016 punya.org PKG jugak yg emel dkt aku. Jengkreng betoi!! Pagi td masa penilai sampai baru tahu ada instrument baru..

Mampoih.Hahaha..

Penilai kali ni cool cool belaka.. Hahaha.. Last year mcm lg berdebar2 sbb first time masuk.this year semua yg dtg pn org lain..

Btw thanks pd semua team pss.. Mmg ada yg xamek port.mgkin sbb xtau nk buat apa kot..

Kpd dua org kuat sya.. Thanks for everything.. 😘





Sampai senget senget abehla nametag pun.hahahahaha


 GPM,
Rest in peace.😘

Glowing: ini rahsianya.

Okay..  Jom kita bongkar rahsia.. Hehe

Sebab utama aku pilih produk ni setelah aku meyakini ia tdk mengandungi bahan kimia berbahaya. Kedua,  senang nak guna.  Ketiga,  mudah di cuci..  Ke empat,ringan texture dia..  Kelima,  aku bukan nak cantik tpi aku nak menjaga kulit aku. Almaklumlah dah 3 series.ke enam affordable.

So sepanjang hari tu aku menggoogle, tgk you tube, baca feedback,  cari info pasal this product. Sebenarnya ada la beberapa produk jugak yg aku nak try tp i choose to try this one and I LOVE IT!  hehe


PRESTIGE DD CUSHION BY ORYSENSE.

 org yang kesuntukan masa,  tp nak nampak comel cantik blh la try.  Hehe
Cara dia senang saja,  dap dap kt muka.  Dah siap.  Kalau mcm aku xpakai dahla eye shadow bagai..  Aku cuma calit blusher n lipstik saja.. Calit tanpa rasa bersalah pd kulit sebab bebas bahan kimia..

For lips and cheek,  i use:

CHEEK AND LIPS TINT BY PUREBYSAFIYAHOTHMAN (PbySO) .

Ni aku beli lips care.  Sbb my lips is so sensitive.

So bila guna lips care by PbySO,aku dah boleh guna lip matte by orysense.

Hehe..  Bibir sekarang dah xkering and kulit pun dah tak kusam..

DAN YANG PALING PENTING:
Make sure you all cuci bersih2 muka kita tu..  Hehe..  I gedik2 jugak beli berus MARY KAY.  hhahaha..  I beli dgn norhaniza shukor.  Boleh cek fb beliau..  I update guna phone so susah nak link. Hehe..

Tp mary kay punya clenser blh tahan jugak harganya.  So lepas himalaya i habis ni i nak try clenser n mist toner PBySO. Mmg betul2 nak jaga kulit ni. Hehehe.

Ok... Tu je bebelan hari ini..  Sekejap aku sekejap i, mesej sampai kan. Gasakla. Hehehe..

Yang nak dapatkan PRESTIGE DD CUSHION boleh pm i okay. Hehe..  Memang berbaloi- baloi.

P/s: org cakap, nak jdi cantik nak jadi sihat xkisah nak berhabis..  Tp dgn status kewangan aku skrg,  mmg xblh nak berhabislah..hehe.. Maka kena la pandai memilih sesuai dgn kemampuan sendiri. bukan terlalu murah atau terlalu mahal, yg penting xmemudaratkan diri sndri.
😘😘

Glowing okay!

Last year ada budak pernah tanya "teacher xpakai make up ke? "

Hahaha..  Okay bdk tu mmg busy body. Sibuk je dia ni tau.  Dia xtau cikgu dia ni kemain lagi rushing pagi2.. Lipstik pun xpakai dh sejak2 zahra korek lipstik. Pgg je bedak, zahra terus mai duduk atas riba. Dia pun kalut sama la.dlu xde almari. Cermin pun letam kt bawah. Janji ada. Janji ada je okay.. Selpiaq xyah dok katalah,x ingat bila last.haha


Sampai lahh penghujung tahun 2016. Terjumpa dgn this one product.  Seriously senang gila nak guna..  And sebab paling utama aku xsuka pakai mekap adalah susah nak cuci..  Bila nk smyg ko kena la cuci muka dulu dan sbgnya.  Semua ni ambil masa and im not a person who has the time for this.

Now every morning i sempat make up tau!  Haha..  Gve me 15 minutes and im done.  Dap dap dap..   Calit blusher,  sapu lipstik and i am ready to go..

This time mama dah ada almari. And cermin. So zahra dah xblh kacau. Hehe

And you know what..
Masa nak smyg kat sekolah,  cuci je guna tisu basah..keluar semua. Tp serius mmg tahan sampai ke ptg.  Sama i pagi, macam tu la masa i balik kalau i xcuci la..  Haha..  Kot yg nak sememeh pun tudung la kot kan. Hahaha

Boleh la nak touch up lepas solat tp i ni spisis yg xsuka bwak byk2 benda dlm beg (sbb beg dh ckup byk benda)  hhehe


You all nak tau apa yg i guna?  Nanti i share okey.  Affordable dan sngt berpuas hati.  Hehe

😘😘


Good bye gpm.

Bahang tahun baru dah kian terasa.  We all dpt puan boss baru okay!  Hahaha

Mcm jarang je aku bercerita ttg kerja kan. Hahaha..  Eh ke x..  Xkish la. Yg penting aku nak ckp aku dah dilepaskan jawatan sebagai GPM.  guru perpustakaan dan media.  Aku dpt title ni masuk tahun ke tiga aku posting.  2013.

Oh rest in peace GPM, 2013-2016.

Hehe..

Last year aku pernah suarakan pada PK pasal jadual aku yg packed.  Pasal ckgu matematik yg xckup. Tp memandangkan pengetua pun dpt yg baru,  aku xrasa aku ada peluang melepaskan dri dr GPM.

Kerja gpm ni ya tuhan,mcam-macam. Bukan hanya tertumpu pada perpustakaan.  Tp seluruh sekolah tau dak..  Kalau masuk group GPM tu, aku baca sebelah mata je..  Kalau nk follow semua, mmg menanges tepi bucu meja la i ni tau..

To be honest, kalau library tu di bawah mesti lain kisahnya..  Haha..  Btw i survived.  And thank you so much. I hve learnt so many things. Or at least i hv develop my confidence  level.. Berani la jugak ckp dpn org ramai.  Suarakan pendapat. Only that,  the vibration tone is always there.  Hahahaha..


Btw,  bila dah xdpt gpm, haruslh dpt yg lain pulak kan.. Ramai yg ckp pergh yg ni lg dahsyat.. Ada jugak yg bg semangat..  Mcm lah i ni diberi pilihan untuk menolak kan..huhu.. I am not a perfect person. Yes.  But ill try my best.  Harapnya bila aku buat ni seikhlas hati,  allah buka kan peluang aku nak kembali ke sisi suami..Wah gitu..  Haha..   Selama ni bkn xikhlas.  Ikhlas.  Cuma lebih kepada belajar untuk ikhlas..huhu..  Byk kali tau aku menangis sbb jawatan tu. Tiap kali tu jugakla aku tertanyaa kenapa aku? Kenapa aku?

Harapannya kerja baru ni xbersulamkan air mata dah..hihi..

Nt i story lg.byee.  

2016:i survived

Selamat tahun baru..  Hehehe.  Last entry was in august 2016.. 

Esok genaplah umur zahra setahun 5 bulan. 

Cabaran tahun baru? 

Aku masih lg belum dpt bertukar ke sisi En. D biarpun pelbagai usaha telah dilakukan. Mungkin masih belum cukup atau mungkin juga belum rezeki ku untuk ke sana

Dan untuk ke lima kalinya aku berpindah rumah sejak 2012 aku bertugas di sini..  

Penghujung 2016, penuh dgn kesedihan dan keresahan. Aku bercuti tanpa ada rmh lg thn depn. Alhamdulillah  Allah permudahkan segalanya.  


Hari ini minggu ketiga kami di rumah baru atau lebih tepat, bilik baru selepas menolak 3 lagi pilihan yg ada.  

Sorg housemate belum pernah jumpa.  Sorg lagi ada seperti tiada. Hehehe..  So aku rasa mcm rmh sndri jelah... 

Small room, single bed,  shared toilet, and air cond- not a perfect one for her but still this is our home here..  Enjoy every moment together even with limited space.. 


Setiap pagi, aku akan bgn around 5+,cook for her.  Mak xmakan pn xpa. Hahaha.. Mandi and siap2... 

Kdg2 si kecik bgn awal,  pernah jugak bgn lambat..tp so far Allah mudahkan byk urusan..
 
Bila si kecik bgn, tukar dyper, pack makanan and ready to go.. 

A bit rush every single morning..tu belum lg yg  terkepit kt lift.  Hampeh punya lift.  Hahaha..  Skrg aku dh upgrade perkakasan aku spya memudahkan hantar zahra tiap2 pagi.. 

Bygkan dr tgkat 16, turun bawah. Jalan p blok blkg,  buang sampah.  Naik pulak tgkat 17. Setiap kali nk masuk lift, aku kena angkat tayar magic stroller zahra dgn cpt. Kalau x, kompem aku melekat kt lift satgi. Hahahaha

So... Skrg makanan zahra aku letak dlm bag pack. Cuma skeg ni aku rasa kena tukar handbag aku.. Waaa..  Besau nau weiii...  Senget bahu sblah.. 

And... And.. Mujurla ada si kuda zahra tu(magic stroller) . Nak pakai carier,  takes time.nk dukung zahra, mama is xlarat dukung lama2. Nk jalan ng zahra, alamatnya merahla punch kad i. 

Lepas je anta zahra kt tgkat 17, turun bawah balik n go to car park. Aku dah mcm nak terbang berjalan pun.. Hahaha.. Ketiak peluh xyah ckp la..  

Hahahaha.. 

Sbb tu bila sampai sekolah aku tgk parking kosong tp sempit sbb org kiri kanan masuk salah, aku jd emo.  Kena parking hujung dunia sedangkan parking dok ada.  Geram tau dak.. Pagi-pagi pakat nk juai ikan dah..  Ingatla org blkg sama... 

Tp so far,  masih belum lewat. Hahaha..  And minggu ni prestasi meningkat sikit. Hahahaha

And aku lupa nk ckp.. Kalau bab dkt lift ni kan,  mesti ada org tlg tahankan pintu untuk kami..  Depa kesian kot no..  Dgn aku dgn zahra ng si kuda dia..  Beg kiri kanan lagi.. Hehehe..  Itupun rezeki..  Xlarat den kalau asyik kena kepit ng lift.. 

Itu sajala akubrsa nak membebel kot.. 

Btw, i am survived.  Go go go mama.. You can do it.. 

P/s: aku xpandai masak tau. Jrang masuk dapur masa anak dara dulu. Lepas kawin terus dpt zahra.  Ni yang aku paling risau masa nak bawak dia dok sekali:AKU NAK MASAK APA ? Sekarang relax je aku masak tomyam kat zahra bg kt pengasuh.. Haaa..  Hampa pun boleh aih...  




Dukalara

Semalam tau keputusan eg tukar..

Hanya tuhan yg tahu bertapa hancur luluhnya hati ini..  Air mata asyik berlinang saja. Pantang ckp sikit pasal eg tukar kompem berlinanh.


Hari ni, p jumpa peg di ppd. Mngkin telah menjangkakan kehadiran insan2 duka lara seperti aku, dia menggunakan nada tegas.   Langsung tidak menyedapkan hati apatah lagi memujuk dgn kata2 semangat.  Akhirnya di saat air mata ini tak dpt ditahan lg, aku bangun..

Dia berkata "janganlah sedih..  "

Jangan sedih??? Memanglah aku tgh bersedih..lagi laju air mata ni.  Saat aku pulas tombol pintu,  dia masih bercakap tp aku dah xboleh nak hadam. Antara marah dgn diri sendiri, sedih, geram semua menjadi satu.

Aku masuk bilik dia dgn senyuman dan keluar dalam keadaan dia belum mghabiskan ayatnya.  Rude?  ðŸ˜ž aku cuma xmahu dia melihat aku dalam keadaan yg lebih teruk..

Lebih teruk rasanya hr ni dari putus cinta dlu...

So yg putus cinta tu xpayahla meroyan sangat. Esok hampa dah ada anak, pjj pulak ng suami, xdpt tukar pulak, hampa rasakan la kesakitan tu.. Lg pedih wei..


Btw..  Life has to move on.  Rezeki masih di sini..




Masih dukalara

Result eg tukar baru saja keluar.  Mama xdpt syg.  Mama xdpt *nangis*

Bertabahlah kita di sini nak..