..I Believe ALLAH Has Bigger Plan For Me Than I Had For Myself..

KUNING: Jangan degil!


Entry ni xde kaitan dgn geng bersih,geng merah atau sebagainya ya!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hri ni follow up prolong jaundice Zahra.. Semua okay.. Xde masalah yg serius. 
Cuma kuning je lambat hilang.
-_-!

Bila tya pada doc,kuning dia masih ada,doc ckp x apa. Selalunya xde masalah serius.

Doc pun explain.secara ringkas beginilah bunyi nya:
Bila baby dah berusia 14 hari, selaput otak dah matang(kuat-oh aku lupa beliau guna term apa td) jd effect kuning tu xsampai ke otak la.. Ni untuk bby yg ckup bulan. 14 hari. Kalu yg xckup bln doc yg sebelum ni ckp 21 hari.
Yang paling ditakuti adalah bacaan kuning yg sgt  tinggi pda usia sebelum 14 hri sehingga blh effect ke otak atau memerlukan pertukaran darah.

** ni penjelasan dr ckgu math yg belajar biology smpai form 5 je.sebarang pembetulan atau penambahbaikan dr golongan medic line sgt digalakkan.hihi**


Apa pun: JANGAN bagi makan bayi2 anda selain susu ibu sekiranya menghadapi masalah kuning.

Dan...

Bertabahlah. 

Sekian.

P/s: sapa2 yg ada anak masalah kuning blh tinggalkan komen sket. 


.throwback: priceless moment .

Kak H pesan,kena control. Jn dok gelak kuat2.. Jgn dok jerit2 pgl org...

Taulah aku ni mcm mana.. Huha huha.. Ayu dan tina ibaratnya gulai ikan dan ayam goreng.satu laut,satu darat.satu kuah,satu kering.lain kan.  Wah!
(Masuk perut,jd satu jugak.)
Haha

Dari hr jumaat aku dok control..tp time ni,terrrrrover jugak! Depan mak mertua pulak tu..

Hahaha..payung tersangkut pokok!


Zahra & The Prolong Jaundice

Assalamualaikum..

Tajuk dh macam Harry Porter pulak.. Harry Porter & the chamber of secret.kahkah.. Mama Zahra ni suka tgk movie HP.. Tp masa pregnant xdakla dia tgk HP. satgi takot Zahra ni berangan pulak.. Fast n Furioust xberani tgk2 selalu.. Satgi bawak kete laju pulak dia.hehe.. Maklumlah nak didik anak kena lah dr dlm perut.malaah sebelum tu lg.. :)

Pjg pulak intro.

Zahra is 41 days old. Macam xpercaya pulak.xckup kira dgn jari,amek kalendar pulak.hehehe..

30 sept ni ada appoitment dgn hospital baby Zahra admit untuk update kes prolong  jaundice..

Prolong jaundice...

Menangis mak dia dlm hati bila kena masuk hospital lg lepas operate.. Xlarat nk duk dlm wad dh sebenarnya.. Masa tu reading kuning zahra 280.masuk hr sabtu keluar hr khamis.6 Hri dlm wad tu xtaula bpe kali menangis.encik D hari2 dok pesan jgn dok nges2.. Jgn dok sedih2.. Tp apa kan daya.. Kadang blhla tahan.kdg2 mmg xdpt den nk tahan.

Katil lain bertukar ganti org.aku je ni ha yg dok bertapa kt situ lg.

Reading kuning zahra turun sekali dan naik naik naik..hri ke6 bru turun n blh balik.masa tu mak dia ni dah blh terima kenyataan pasal jaundice & darah o+..

Hari kamis balik,hari sabtu kena masuk semula.masa tu zahra dh 12hri.reading 280-300-260. Dengan reading 260 akhirnya doc bg balik. Xdak lg amek darah tiap pagi.xdak lg kena masuk wad.  Doc ckp prolong jaundice.ambil air kencing n darah untuk cek sebab jaundice, n follow up after one month which is this coming wednesday..

Hopefully xdelah apa2 yg serius..
Masa amek gmbr zahra dah makin cerdik...
dia xmau dh duduk bwah lampu tu..
 Tiap kali boh kena bedung dulu.
pastu baru bukak bedung dia..
Tinggallah dia dan pampersnya saja bwah lampu tu...huu
Aku skrg ni xboleh dgr org sebut pasal kuning.trauma pulak rasa..huhu..

Terima kasih pd kak K yg bg fully support kt aku. Sbb dia pun menerima nasib yg sama.. Dia dtg jenguk aku,dgn aku dgn dia sekali touching.. Sbb dpt rsa dis one kind of feeling..

N of couse my encik D dn kaum keluarga.. (Ak ckp ng mak aku je mesti rsa nk teriak!)

Kuning ni,susu ibu saja penawarnya.. Cpt atau lambat saja..apa yg org petua,ada juga kami try tp xmenjadi untuk zahra.lastly aku ng encik d decide,nothing else other that breastmilk for zahra.. Risauu di kemudian hari effect pd ginjal ke apa ke..sbb baby kecik lg kan.. Klo yg mandi2 tu xpala xsangkut paut dgn makan..

So mummy2 kt luar sana,kalau kena jenis yg lama ni,bersabar dan bertabahlah okay..org lain turun sbb makan itu ini semua kerana kebetulan nk turun.

Apa pun,tu semua rezeki allah taalla.. Kita blh ikhtiar tp jgn smapai memudaratkan..

Sekian untuk entry kali ni..

P/s: aku cuba untuk pendekkan tp terpanjang jugak.hehe
#bymamaNIZ. 

welcome babyNIZ

Assalamualaikum..

Penantian penuh suka duka akhirnya ternokhtah juga...

Terima kasih ya allah di atas kurniaanMu yang amat bermakna..

Nur Imtiyaz Zahra..

Doakan kesihatan Zahra..hr ni hr ke 14 umur zahra dan hari ke 8 zahra di wad kerana kuning. semlm bacaan kuning Zahra naik ke 300.. Luluh hati mama hanya Allah yg tahu..

Masing2 ada rezeki dan ujian masing2.. semoga kami akan terus tabah..




Warded-second time.

Assalamualaikum

Boleh senyum,blh gelak,blh makan dgn licin! Kira okayla tu.hehe

Yup.pagi semalam bila nurse kata kena masuk wad,rsa mcm masuk telinga kanan keluar kiri.biar betik nurse ni.hehe.. Terlupa sekejap it is not abt me now,it is abt mama and baby..

Nurse suruh tukar baju.aku blur.
Nurse kata meh duduk sini,refer pd kerusi roda. Ak pulak balas, "hehe..kena duduk atas wheelchair ka nurse?" dlm ati aku ni segan pulak nurse tu nak kena tolak aku atas wheelchair sbb ak blh jalan lg.org kampung mana la ni..haha
Nurse tu balas "nak jalan pn bleh.tp xpala.duduk ja.buat syarat."

Now almost 24 hours im here
Sepanjang ak kat maternity ward ni,semua nurses n docs are very okay n friendly.walopun ada je kdg2 depa dok bergosip pasal keje masa dtg cek aku.haha biasa la tu..
Time doc dtg 4 5 depan ak dok discuss psal kes aku ni,neves baq hanggg...haha.. Kelip pok kelip pok pndg depa.and most of the things i heard,im actually not really understand.maklumla aku ni bkn medic line.ckgu matematik je..ada la yg ak paham sket2 bila depa xguna bahasa doktor ni.haha

Dlu msa first time warded dkt ppum,baru balik kem btn..warded sbb nak masuk air dlm bdn.ak cirit birit n muntah..masuk ptg,pkul 3 pagi dah blh balik..i still remember those who came and visited last time..terharu! Thank you so much.

So this is my second time.D risau,mak aku kt kg lagi la risau..but now,everything is getting better.doc said this minor contraction might be from the urine infection.now i will be transfered to normal ward.

Alhamdulillah.. Pengalaman aku hr ni,bukanlah seburuk2 pengalaman yg kebanyakan org dok bercerita..mgkin juga bernasib baik..dn mgkn jugak ada org ckp,eh ko baru masuk sekali.ni haaa akak masuk beranak dah 5 6 kali,blablabla..

It is all abt manners.. Kita berbudi org berbahasa.kita berbudi,org kurang ajar,lantak p la.at least dr kita,dh tnjukkan yg contoh baik..

Semoga lepas2 ni pun berjumpa dgn org baik2.. Kita respect org,org pun akan respect kita kan..berbuat baikla dgn sesiapa sahaja..

Wallahualam..

Alhamdulillah..mama and baby are okay..xsabar nak balik rmh..hehe..baby be tough okay!

P/s: tula D mintak cuti 2 hari xhabaq. senyap2 ja..surprise la konon..tba2 bini masuk wad.mmg  cuti sungguhla.hihi..

Love u D!





-HARI GURU 2015: BLACK ROSES-

terima kasih cikgu!


hehe... last week sekolah aku adakan sambutan hari guru. tema tahun lepas: back to school. tahun ni black roses pulak. kalau direct translation nya rose hitam! hahaha tp melalui cakap-cakap guru-guru pengelola sebenarnya merah hitam. huduh kot nak letak black-red. hahaha..

kalau ko google pulak, dptla image2 rose wana hitam or gambar model seksi nak mampus pakai dress kaler hitam..(aku google okay!)

dahlah xyah pening2. merah-hitam sebenarnya. hahah

aku rasa disebabkan kaler merah dan hitam telah menyelamatkan aku dari mengeluarkan duit untuk membeli sepasang baju baru. eh, tak kuasa la aku nak beli semata2 nak pakai sekali dua..tahun lepas punya back to school tu pun riuh rendah pinjam kat budak2..kahkah.. dah pinjam nak demand pulak.sekeh baru tau!haha

pagi tu, bermula dengan bacaan yassin di dewan asrama pada pkul 6.45 pg. gedebuk gedebak p isi minyak segala (maklumlah satgi nak balik jumpa encik D tercinta), sampai sekolah dah 7.10.. xsempat nak join bacaan yassin.

naik je ke bilik math, xdak org! weiiii... mana makanan yg dijanjikan nih?? kuikui... kami nak buat makan kecik2...rupanya ramai lagi yg belum dtg. 10 minit kemudian, makanan dah memenuhi meja pantri kami!haha

soru dulu!!



pkul 7.30 ada aerobik. aku memanglah berpakaian sukan. tp disebabkan keadaan fizikal aku sekarang yang dah tak boleh seaktif dulu, makanya aku dok tepi jelah amek gambar.haha





lepas aerobik ada aktiviti guru dn pelajar. aku main batu selambut. tewas ditangan cik M. ceh! hhaha
sebab aku kalah, so aku xnk letak gambar!kahkahkah..

ada lg la game lain. congkak, isi air dlm botol, futsal.. ooohh.. aku patut masuk isi air dlam botol la.. sbb dulu aku menang no 1 masa tadika! pertandingan isi air dlm botol.hihihih

lepas tu menyoru lagi dekat jamuan2 kelas..


haa tu yg ka tangan tu. tu je yg aku dpt dengan beg kt atas meja tu.hihi... terima kasih anak2.. xdpt adiah pun xpa.janji hormat ckgu2.. ddan yang penting, cikgu dpt pindah. EH!

Dah selesai menjamu selera, busuk2 tulah p tukar baju pakai baju gojes pulak! kahkah.. (jangan muntah tgk gmbar yg banyak ni!haha)




hahah... tersesat jugakla aku kat belakang tu! haaha
acara tamat 12.30. acara berikutnya ada hi-tea di hotel. pkul 2. hah.. melangutlah kt bilik guru sementara nak tgu smyg zohor.. TAPI  xkan melangut saja. haruslah amek gambar juga.haha.. geng matematik yg osem. semua ada kepakaran masing2 tiap kali buat makan2..kehkeh..




finally... hi-tea!!

husband tanya, "nak p ke dak hotel ke nak tuang?"

aku bab2 memecut balik tiap2 hari jumaat mmg pantas!hahaha

"haish.. apa pulak tak p. bukan senang nak dpt makan free. kt hotel plak tu"

terima kasih kepada adik puan boss kerana membelanja kami cikgu-cikgu sen jojes ni..






ade ke Puan Boss kata sape yg amek gambar dengan dia, xdpt bertukar!  hahahaha.. telan ayaq lioq denagr lawak Puan Boss.. sweetlah puan boss ni!hihi

gambar kt hotel banyak yg x jd. maklumlah kamera org. org hat yg pinjam ni pulak peqak.xreti guna.. xpa nt syg nak pinjam lagi ye encik D! hahaha mohon ajar guna sampai pandai! hahaha


and the lassst one...
haruslah yang paling besar tu muka sendiri kan!
hahahahahahah
andaikata aku ditakdirkan berpindah dlm msa terdekat ni, i will miss all these moment very much. walopun keje bertimbun, tp  persahabatan tu x ada batasan..byak juga benda yg dipelajari... so many things.. tak dpt di nafikan, lagi lama kat sen jojes lagi jauh aku bleh p.. tapi tak sanggup rasanya nak jauh dengan suami..kihkih.. insyaallah.. lain padang pain belalang lain pula pengalamannya.

eh.terbuat ucapan perpisahan pulak! hahahaha

okaylah.. aku dah sakit pinggang dok update entry ni.. panjangbe benor.puas hati i!

haha

p/s: harap2 dapat pindah cepat2...

assalamualaikum..

.qurratun ain.

Baby bump dah nampak..hehe

"Dah nampak dah perut.." beliau berkata lalu meletakkan tangannya di perut aku.

Sekejap.

Aku tarik tgn beliau sekali lg dan letak di perutku..dengan niat semoga dia cpt2 jugak jadi ibu..

Masing2 terdiam.terkelu tanpa kata.

Sebak. Air mata bergenang.

Beliau ke kanan dan aku kembali ke tempat dudukku meneruskan kerja-kerja tertangguh.buat2 sibuk.

Waa.... Aku beruntung..masih ada ramai yg menanti dengan penuh sabar..

Antara jodoh dan anak,isu anak lebih sensitif..

Saya doakan smoga cpt dikurniakan zuriat kak..Semoga cpt dikurniakan zuriat sahabat2..smoga terus kuat dan sabar..