..I Believe ALLAH Has Bigger Plan For Me Than I Had For Myself..

Dilema si duka lara part 2

#nurimtiyazzahra  sudah setahun berulang alik setiap hujung minggu.. Moga Allah sntiasa berikan kesihatan yg baik untuk kamu sayang..

7.35pm,anak mama dah tidur.  Walaupun ada masanya,pada saat2  getir,hati ini memberontak jugak,  "awk kt mana, awk kt mana" tp most of the time Allah mudahkan pelbagai urusan . Allahamdulillah.


Buat semua ibu2 diluar sana,  yg jaga anak sorang2,kita KUATTTT! biasala teriak sekali sekala mengadu kt tuhan.. So para suami jagalah hati isteri  masing-masing.  Kdg2 xmau mintak apa pun. Bila ada masa bersama,  tlg la ringankan beban..

Thanks mr.  D yg xberat tulang..doakan dpt tukar okay!

To kak-u-know-who-u-are i will ALWAYS remember ur good advices.

Dah taip kt fb yg di atas ni tp entah..  Tempek sni  jela..

Sapa yg rajin baca blog usang i ni.. Ce ponpon sket dkt i..  Hehe.. I have few names in my head.  Are you one of them?

Dilema si duka lara

November 2015 to november 2016.

setahun dah sejak aku kembali bertugas selepas lahirkan zahra.

Allah yg maha kuasa..  Tidak pernah terbayang dalam fikiran yg aku akn jaga zahra seorang diri di sni..

Tipu la aku cakap, xdak air mata yg mengalir.. Ckp je pasal pjj, pasal anak kompem mata bergenang..

How strong i am to raise a child alone? Biarlah.. Biarlaa sesaat dua ini aku merasa bangga.. Andai ini bisa menjadi kekuatan aku...

Dah...  Aku xtau nak tulis apa..

To be continue...  






Titipan buat zahra_hati budi

Buat anak mama yang disayangi.

Assalamualaikum..

Lagi 3 hri genalah umur setahun anak mama ni..

Terlalu banyak yg mahu mama ceritakan tp untuk malam ni ckupla mama kisahkan ttg hati budi manusia..

Zahra,

Mama nak zahra tahu, kita dikekelilingi orang baik2.. Alhamdulillah.. Cuma kadang2 rupanya kita tak sangka yang baik itu ada saja masanya melukakan hati kita.

Ada mcm2 jenis manusia di dunia ini zahra. Adakala kita seperti mengenali mereka. Ada masa yang lain, kita sndri tidak tahu mereka ini bagaimana. Ada yang pura2 menjadi kawan, ada yang bila berjumpa kawan yang lain kita diketepikan.

Hati kita mungkin disakiti. Belajarlah menjadi kuat nak. inilah namanya kehidupan.

Untunglah kita jika sentiasa didampingi orang yg baik2.. Namun lebih beruntunglah kita andainya kita menjadi seorNg teman yg baik.

Akhir2 ini mama x dpt nafikan hati mama sedikit terusik. Sabar mama bagai ditarik2.. Akhirnya mama tewas dalam membendung amarah..

Zahra, adakalanya kita jangan menurut perasaan. Kerana apa yg berlaku mungkin sedikit sebanyak datangnya dari kita..

Sesungguhnya sabar itu separuh dr iman...

Teruskan bersabar anak.. Allah sentiasa bersamamu.

Zahra's solid food 2

Assalamualaikum..

Esok nak mula bulan ogos..ogos 2015 mama bercuti kat dalam hospital.. Sekejap jeeeee.. Zahra dah nak ckup setahun.

Zahra sekarang dah ada 4batang gigi, baru blh merangkak dan acah2 nak berdiri..

So far masih lagi gigih masak untuk zahra sampai kadang2 mama yg bosan.asyik samaaaa je..sabar ye nak.. Dok ada kt penang ni semua jd limited.. Kasih sayang mama je infinity..hehe

Semalam mama try bg zahra makan ikan.. Fot the first time.. Sbb papa takut zahra xmkn ikan mcm beliau.hahaha

Mama pun neves.. Haha.. Tp zahra makan dgn berselera sekali..

Resepi semalam:
-serbuk beras (dah xblend hancur sngt mcm dlu)
-carrot (ni je ada dlm peti ais masa tu..)
-ikan pulak steam guna bowl atas..ikan bawal emas+halia+ bwang putih.(sepatutnya tmbh serai tp pokok serai papa xmembiak2 lagi.😝😝)

Lepas tu mama lenyek secukup rasa.. Dan zahra makan mcam biasa.yeayyg! Nt boleh geng makan siakap steam ke,3 rasa ke.hahaha

Btw, thanks auntie M for the recipes..

Selamat hr rya semua!


zahra's solid food_1

Assalamualaikum..


Terlalu lama x update. Maknya x  menyempat2 nak layan blues..

Alhamdulillah zahra almost 10months old. How fast time flies..rsa cm bru semalam je lahir, tup2 dah besar..

Routine mama  hari2 pun dah bertukar. Pagi2 bangun sediakan makanan untuk zahra..balik sekolah layan mek tu sampai la malam dia tidur.kadaang2 dgn mama dia good nite pkul 8.30. Kerja sekolah xpayah cakapla. Stop by the door of the staf room.. No more  work after school..

Solid food for zahra?

Luckily my sister introduce electric lunch box (elb) to me.. It is very helpful for working mom like me. Harga rm55.masa tu tgh promo. Free postage .

So when zahra turns 6m, i started to prepare puree for her. Her first food was apple. Since that was the only fruit i can find that time. Buat siap and frozen. Bangun pagi at 6, campak2 dlm elb, p la mandi sembahyang siap2.. By the time mama siap, makanan zahra pun siap. Kdg2 zahra bgn awal. Kdg3 kena kejut.masa ni agak struggle, sbb zahra TAK boleh langsung TAK tengok mama dia. Dia mula la 😭😭😭

Kalau xde elb,boleh guna warmer, or rendabm je dlm air panas mcm nak caikan frozen ebm.

4 days rule? Nope. Mama ingkar.sbb xlarat nk follow. Cumanya peka terhadap perubahan zahra saja..mama xckup tabah nk follow 4days rule.

Bila zahra masuk 7m, mama mula start bagi bubur. Bubur nasi + frozen puree. Suka hati jiwa raga mama la puree apa yg ada dlm freezer tu mama campak je dlm elb.

Mcm mana nk buat bubur nasi?
--- beras biasa> basuh,toskan, sangai, blend dan ayak smpai dpt texture powder. (Byk kali tau blend untuk habiskan segengam beras)
--- beras perang> sama je cuma kena rendam 12-24 jam. Tp tukar airnya ye.. Jgnla smpai 24 jam air sama.nt masam.. Lepas tu follow langkah di atas.

So masa nk masak powder ni, berang perang lain sukatan air dgn beras biasa. Bereksperimen la untuk dptkan kepekatan yg sesuai dgn tekak anak masing2..

So bila bangun pagi, beras letak first bowl, puree letak atas.lepas dah masak, baru mix.. Tp lama2 mama mcm dah terlalu terrer sngat dgn rutin ni, so mama pun campak je dalam satu bowl semua sekali.haha.. Simpan dlm termos bg pd pengasuh.


Ok.sampai sni dlu.nt i sambung lg ye.. Slmat berpuasa..semoga ibadah kita diterima Allah.. Insyaallah..




welcome 2016...

Assalamualaikum...

Aku dah berjanji dgn diri sendri xkan biarkan blog ni sunyi sepi..tapi apa kan daya.. Disaat ada segalanya,masa pula membataskan.. Hehe..ada segalanya tu maksud aku ada hp..blh online tiap masa.. Ada pc ada internet.. Tp akhirnya taaakk terupdate jugak..

Btw, xkisahlah kan... Baru bulan dua.haha..




Happy 1st anniversary D..
Venue: menara Alor setar..
Tq d.. Dsebab atoq semua..
Tahun depan kita makan kt kedai mamak dahla.haha
P/s:Semoga kita bahagia sampai ke jannah..

15/1/2016
His  sweet 17..
Haha..
Zahra memberi kerjasama yg baik..
And tq jugak misszisurprisedelivery
for arraging his birthday surprise..
P/s: sandiwara order dypers aku xmenjadi..
Siap habaq lg xpayahla hntar kek kt opis..
Takot kena kenduri tepung.haha
Tapi idea youthpark bawak zahra jalan2
sgt menjadi..
Tahun depan kena cari idea lain pulak.
Hahaha

Tq D for the lovely red roses ..
New year katanya.. Tp tak di new school.
Bertabahlah atina.

5 & 6 feb 2016
Kemain lagi zahra berposing di pelamin makngah dia..
Pak diala yg lebih2 sgt tu.haha
P/s: to ejan+khairul, slmt pengantin baru.
Semoga bahagia sampai ke syurga..  

Gedebuk gedebak gedebuk gedebak,zahra dah 6 month.. How fast time flies.. Zahra dah nk start solid food. So today mama buat puree epal sbg permulaan..nak bagi kurma,nak terjah mana pun xtau.huhu.. Bertabahlah kita ye nak..zahra doa mama dapat tukar ye.. 😘😘



kisah dua tahun lepas...

alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi. sudah setahun kami mendirikan rumah tangga dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata.. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?


dua tahun yang lalu..

"dik, hang ada boyfriend dak sekarang"

simple.padat. straight to the point dia punya soalan. hahahahaha.. tu permulaan perkenalan aku dgn D. tapi ayat tu bukanlah dari D sendri. tu ayat dari what-so-call-match-maker- kami. haha.. nak harap kan D, aku ni ha yang mintak no fon dia dulu.. ehhh... bukanlah aku ni xtau malu. excuse me. haha.. ofcos he made the first conversation, thru fb. aku pulak mintak  no fon sebab line internet kt rumah aku tu slow. so better use whatsapp for chatting.  btw masa tu xde lah malu-malu kucing macam ko bercakap dgn crush ko. sbb xdak perasaan kan.. it was like ' oi jom lepak mamak'. haha.. whatever~
(sumpah kalau aku suka dia masa tu mesti aku xmintak no fon dia) hahahahaha

kriteria dia masa tu? salah satu kriteria yang membuatkan peluang dia terbuka luas dalam hati aku (cewah!) ialah dia tak merokok. alhamdulillah. lepas tu ada lagi lah tapisan2 yang lain.. aku dulu risau jugak. org selalu cakap, u will get what u hate the most. dan aku paling pantang dgn org hisap rokok.. ish xbleh la..huhu

mcam cerita novel, ada pahit dan manis. ada suka & duka. biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit. ini pulak manusia..

setahun lepas kenal dengan D, kami pun disatukan. alhamdullillah syukur.. Allah jadikan kita berpasang-pasangan dan saling melengkapi. ternyata memang dialah yang melengkapkan aku.. walaupun dia selalu  buat aku marah.haha.. alahh marah-marah sayang.hahahah

masih jauh perjalanan kami.insyaallah.. tips keluarga bahagia, sentiasa saling ingat mengingatkan moment2 indah bersama. supaya kasih sayang tu sll mekar bukan hambar.

cabaran pasangan masa kini: duduk sama2 tapi dua2 tengok gadget masing2.atau sorang asyik dgn gadget . kita sedang membina jurang sedikit demi sedikit. (so no ps4 D! hahahahaha)
gigih laki aku p oder props ni semua.haha

mak dah mengantok oi.mujoq anak dok lena. boleh lah buat karangan berkajang ni.hahaha

happy first anniversary D dearie... smoga hubungan kita sentiasa dipelihara Allah Taala.. jom kita upgrade iman kita. nanti kan nak jumpa kat syurga. ;) 

Love u to the end.... nur atina osman & mohd izwandy adnan.

we love u sayang nur imtiyaz zahra.

27/11/2015. 11.14pm