..I Believe ALLAH Has Bigger Plan For Me Than I Had For Myself..

Titipan buat zahra_hati budi

Buat anak mama yang disayangi.

Assalamualaikum..

Lagi 3 hri genalah umur setahun anak mama ni..

Terlalu banyak yg mahu mama ceritakan tp untuk malam ni ckupla mama kisahkan ttg hati budi manusia..

Zahra,

Mama nak zahra tahu, kita dikekelilingi orang baik2.. Alhamdulillah.. Cuma kadang2 rupanya kita tak sangka yang baik itu ada saja masanya melukakan hati kita.

Ada mcm2 jenis manusia di dunia ini zahra. Adakala kita seperti mengenali mereka. Ada masa yang lain, kita sndri tidak tahu mereka ini bagaimana. Ada yang pura2 menjadi kawan, ada yang bila berjumpa kawan yang lain kita diketepikan.

Hati kita mungkin disakiti. Belajarlah menjadi kuat nak. inilah namanya kehidupan.

Untunglah kita jika sentiasa didampingi orang yg baik2.. Namun lebih beruntunglah kita andainya kita menjadi seorNg teman yg baik.

Akhir2 ini mama x dpt nafikan hati mama sedikit terusik. Sabar mama bagai ditarik2.. Akhirnya mama tewas dalam membendung amarah..

Zahra, adakalanya kita jangan menurut perasaan. Kerana apa yg berlaku mungkin sedikit sebanyak datangnya dari kita..

Sesungguhnya sabar itu separuh dr iman...

Teruskan bersabar anak.. Allah sentiasa bersamamu.

No comments: