..I Believe ALLAH Has Bigger Plan For Me Than I Had For Myself..

kenapa sy suka dia??

korg rsa cinta tu buta ke?? atau... manusia tu yg buta kerana cinta??
(okay. soalan poyo dan menyampah kan?? haha)

waaa.... tgl lg kurg 48 jam sebelum serius dalam kerjaya bermula lagi.. dah prepare for everything??

not a single thing!

sekadar bawak balik kampung dan bawak p sana balik. huhu (mmg selalu terjadi!) so next time tak payahlah gigih sgt nak bawak balik rumah!hehe

x apa. apa sahja cabaran tahun 2014 akan aku redah dengan segla kekuatan dan kemampuan yg ada..hehe

i am looking foward for happiness and barakah..;)

btw, hr ni genap sebulan dah! when i look at the photo, i just dont know why am i falling to this feeling...its very different dis time.. hopefully this is for good and remain good..

p/s: thanx a lot dear..



is this true...?

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am
-i won't give up by jason mraz-

again.

the strength just comes from nowhere..

and i am writing it again..writing  something for him..

is this feeling is true??

for the right person at the right time..?

 rasa mcm tk boleh nak elak lagi dah...hoho.. ak dh terjatuh dotdotdot...

semua org pesan...bberingat...beringat! hati aku sndiri pesan benda yg sama..

but i just cant help it..

apa pun yg jd lepas ni aku redha... bersama atau tidak, aku tetap redha..

but for this time, biarla aku rsa apa yg aku rsa.. walaupun ia mungkin hanya sementara...

sementara dlm berlbagai bentuk...

walaupun mgkin akan jatuh lg, aku akan tetap berusaha untuk bangun...

biarpun berkali-kali aku jatuh..

apalah maknanya hidup ini tanpa cabaran dan ujian kan..


yosh!

stay...

ngeee.. tbaa2 terdengar lagu ni! ni aku malas nak layan lagu2 sentimental ni..huhu

aku xtau apa kaitan aku ng lagu miley cyrus ni.. terlalu dekat dgn hati..kenapa??

I never wanna lose you
And if I had to, I would choose you
So always stay, please, always stay
You're the one that I hold on to
'Cause my heart would stop without you



my heart would stop without you...??? adoyai..lirik dia...hmm.. berdenyut lg.. alhamdulillah masih diberi peluang dr Dia..my heart wouldnt stop just bcos of a heartbroken!jgnla nak sedih sgt kann..hehe

entah2 tu salah satu sbb kenapa aku tak layan radio or this kind of song in my car: dont want to be distracted by that..

jadi betol ckp uncle???

tak.. tak.. ni semua mainan perasaan je ni kan..

sbb aku pernah rasa dlu, so aku sgt touched dgn lgu ni..aku hanya memahami dan mendalami lirik lagu ni..

haha...

atau mungkin org yg dirindui tu ade jauh kot... tiba2 nak lonely2 plak??nak sedih2 plak kan?? gedik betol! haha

well YOU, take a good care of yourself.. i dont expect u to read this. but this is how i express my feeling... safe journey sweetheart,wah!hee

(oi.. jgn nak seronok sgt..beringat sama..jauh lg perjalanan.. jgn sampai blog ni pulak berdarah nt..huu)

may Allah ease the way..

...duty call

..duty call..

baru dpt panggilan dari ex-GPM. Guru perpustakaan media. 'ex' sebab tahun depan beliau akan bertukar ke johor.

aku new GPM????

i dont have any ideas of what GPM does?? 

lingkup library tu nanti dpt kat aku..

hahaha..


dah kena belajar dr awal..kalau bg aku benda outdoor ni, eksaited la jugak aku..hihi.. ekspidisi panjat gunung ke, berkayak keliling pulau ke..volleyball ke, maula gak aku p kursus berhari2.haha

kursus pasal library?? dgr pun dah rasa mcm nak tidur je..hihi

xpelah dr dpt guru penasihat cheers ka? band ka? xmo2..

macam mana pun, amanah is amanah... walaupun tak suka, tp aku lagi xsuka kalau org dok ckp pasal aku x laksanakan amanah dgn baik..

u can do it tina! serikan library dgn aura teacher atie! heheh

-apasal dah macam semangat lebih ni-

all the best to myself! semoga Allah permudahkan segala urusan.. urusan kerja, keluarga, peribadijodoh... hiihi

p/s: rindu encik K.dah tiga hari kena tgl kt kg..



.a new beginning.


dont live by the past. past is past...the memories remains, the pains u forget and the lesson u remember...

i am so much happy now.. 
with u..
(for this time, only for this time... pls stay...)

this, may be the right time, with the right person...
i can not see the future, but i hope what i think is the best for us now is the best from HIM too..

whatever happens in the future, have faith in ALLAH..



-LOVE is MAGIC-

assalamualaikum..

(entry ni ditulis seminggu yg lepas. baru dpt post hr ni!)

hmm..
kau boleh senaraikan 1001 kriteria untuk lelaki/ perempuan idaman kau.
-hot
-seksi
-cantik/ hnsem
-bergaya
-berharta
-berkerjaya
-berumah tangga
-berkereta mewah
-5 Cs.
whatever~

tapi at last, mcm mana pun hebtnya standart yg kau letakkan, akhirnya ada satu sahaja yg tinggal n kau akan mengakuinya- terima seadanya dia.itulah cinta.

rezeki, jodoh, ajal: ini semua rahsia Allah. sekelip mata je DIA blh twist perasaan kau.

dr benci jadi syg atau sebaliknya.

kalau ada jodoh x kemana...

dr kecik aku dgr ni. dr tv, dr org yg lebih dewasa.

skrg bila aku yg makin dewasa, x kawen lagi pulak tu, hari2 aku dgr..haha

misi aku yg kononnya nak kawen umur 26 tu mmg ridiculous!yerrr~  apa buat mission mcm tu. haha.. skrg aku dah tak heran lg ng mission tu..(mcm nak gelak guling2 pulak)

sbb.. aku percaya pd jodoh yg Allah tetapkan. 

ingt kawen tu senang??? haha

u will live with this person for the rest of your life. having a complete family with kids... 

wei.. aku x kata yg aku ni xnk kawen..cuma rasa tu xblh dipaksa..bila dah jodoh tu, seenanngg je.. ni semua kawan2 aku yg dah kawen ckp...


oh ya. mr. P?? mr.P tu hanya sekadar impian bodoh. kehkeh... nak pilot aje.. ape daaa...haha..aku mmg tau tu bdoh sbb tu smpai skrg aku mmg xde pun 'kawan' yg keje pilot..

skrg...aku memang mencari tp bukan mencari-cari..just go with the flow.i am happy with what i have now.. and i am not that desperate to get married.

he can be anywhere.. anyone..anytime..

;)

uncle ckp, aku xbersedia sbb aku masih terluka.. huhu... dah lama rasanya luka ni.. mungkin aku senang jatuh suka tp aku susah n takut nak percaya pdhati y ska tu..

haaa..tudia...

walaweh!! aku rasa nak menangis baca entry ni! akhirnya ada jugak benda yg aku nak share setelah sekian lama.. haha

adios~
(3/12/13)


lets complain less and give more.

assalamualaikum..

quite some time i dont write anything in here...sibuk ng keje.huhu

macam-macam yangg berlaku sejak 2 menjak ni..on record, off record.. so many things!

huhu... hari ni ada LDP/ CPD/ LADAP.. padhal baru last saturday we all had half day cpd. on saturday! and today was another cpd.

yes..yes... dah keje kan..tapi cikgu pon orang...

aku tertanya2.. banyak sgt ke aku merungut.. mugnkin sbb tu keje asyik ada slh.mgkin tak ckup ikhlas.. muungkin kah jugak environment sekolah, mungkin dan mungkin...

tadi masa rumusan akhir CPD, bos ckp," sy tertarik pada satu ayat-lets complain less and give more." the moment i read this line on the video they played, i know this would be the best line to us..

tp bila ada complain, maksudnya ada apa...? fikir sendiri...

apa pun, x dinafikan jugak. ada betol ayat sebaris tu.. huhu.. kami sedang diuji... ada yang lg teruk dr kami.. at least tak kena dayung sampan nak balik rumah. cer bayangkan habes cpd pkul 5.30 pastu kena kayuh sampan nak balik rumah. hmm..kental....

well, go  cikgu-cikgu sen jojes! hopefully  we are still in good shape till the end of the school day. hahaha..


.sebiji bola.

assalamualaikum...

selamat hari malaysia!

sjak2 harga minyak naik ni, nak pg joging pun pk 14 kali. yup! memangla nak joging tak guna kete, kalau joging guna kete, x la pulak panggil jogging kan. ofcourselah pgil racing...

tapi..

 nk pg ke tempat joging tu dah kena naik kete.. hmmm..

hmm.. xpelah. akan tiba satu hari yg aku akan tekad! so just wait for that day!haha


sebiji bola..

aku x pernah terfikir yang sebiji bola ni akan buat aku beria menangis. beria2 bercerita tapi bila sampai part Cik Lola, air mata ku bagai tak dpt ditahan2... laju mencurah sehinggakan yg mendengar pun turut sama mengalirkan air mata..

apakah?

mungkin sebiji bola ni terlalu sentimental buat aku kot.. maklumlah dulu, dialah yg aku spike, bila aku sedih, aku marah, aku happy, aku stress, aku benci, aku suka.. semua dia.. 

hehe...

serius. xnak cakap pasal cik lola lagi..


okay.. dats it. 

selamat bercuti esok. ;)

~BILA KAU ADA 1~

“dira, akak baru beli sabun nak gosok lantai bilik air tu. Kau tolong cucikan bilik air tu. nanti seganlah orang tumpang mandi, bilik air macam tu,” suara Kak Gina bergema di sebalik bilik air yang memisahkan biliknya dan bilik Kak Gina. Adira menarik muka bosan tanpa dia sedari.
Balik-balik aku juga yang kena cuci bilik air tu. padahal bukan aku sahaja yang mandi dalam tu. baru dua, tiga hari datang, dah kena buli. Padahal Kak Gina dan Kak Una tu dah 2 minggu makan dan minum dalam rumah lebih dari aku.
Adira berbicara dalam hatinya. Nak cakap depan-depan dia tak berani. Nanti dikata kurang ajar pula kan?
“okay!” balas Adira dengan nada yang sebenarnya kurang ikhlas.
Jam di tangan dilihat sekilas. Sudah pukul 5.30 petang. Tidak sedar masa yang berlalu bila dia mula membaca. Novel Adam dan Hawa karya aisya sofia diletakkan di tepi bantal. Tuala dicapainya sebelum melangkah masuk ke bilik air.
Ada tugas besar sedang menanti!

ADIRA mengelap rambutnya yang basah. Terasa lebih segar selepas mandi dan menunaikan amanat fardu yang satu itu. dia memegang tombol pintu lalu dipulasnya. Pintu biliknya terbuka.
Mata Adira membulat!
Kak Gina tengah kemas ruang tamu! Buku-buku dan fail-fail yang sebelum ini bertaburan di atas sofa, sudah terletak elok di rak buku di tepi televisyen. Lantai sudah bersapu dan nampak macam baru lepas mop!
“akak mop lantai ke?” Adira menyoal. Tiada rasa mahu meringankan tangan menolong menghampar tikar yang digulung untuk menyapu tadi, barangkali.
“taklah,” Kak Gina menjawab pendek sambil matanya terarah ke skrin LCD tv yang tersangkut di dinding ruang tamu itu.
Ini satu hal! 24/7 cerita korea. Naik juling biji mata aku. nak tumpang tengok pun, tak faham apa-apa sebab tak tengok dari awal. Akhirnya dalam bilik jugalah memerap.
Telefon yang berbunyi di dalam bilik membuatkan langkah Adira untuk ke dapur mati lalu dia berpatah balik.
“assalamualaikum...” Adira mengucap salam sebaik sahaja panggilan itu dijawab.
“Ed, aku dah on the way nak ke rumah kau ni. siap sekarang. teman aku keluar makan!”
Adira memandang telefon itu lama. Ayat yang keluar dari mulut Acap yang macam bertih jagung tu mengejutkan Adira.
“kau ni kan salam tak jawab, mukadimmah pun tak ada, suka hati je nak bagi aku arahan,” Adira membebel. Dia mendengar tawa Acap di hujung talian.
“sebab aku lagi 5 minit nak sampai,” balas Acap.
“kau ni kan!! Eeeee! Dah berak, baru cari cangkul nak korek lubang!”marah Adira.
“ala Ed... pergilah siap.You have another 4 minit and 30 seconds. I wait outside.”

Acap memasukkan Iphonenya semula ke dalam poket seluar. Memang dia dah sampai pun. betul-betul di luar pagar rumah Adira. Ni kalau tahu dia dah sampai mahu mengamuk si Ed. Nanti sengaja je dia buat-buat lambat sebab mahu membalas dendam. Datang tak cakap awal-awal. Padanlah dengan  mukanya.
Dari jauh, Acap sudah nampak wajah monyok Adira. Marah tak hilang lagilah tu! detik hati Acap.
“Makan mana?” soal Adira mendatar. Tiada riak di wajahnya.
“Star gate,” balas Acap. Keretanya mula menjalar meninggalkan kawasan perumahan Aman Jaya.
“jauhnya. Kau nak jumpa siapa kat sana?”
“i want you to meet somebody.”
“not another blind date please...” suara Adira tegas.
“bukanlah beb. Senyumlah sikit. Kau tu tak comellah kalau masam macam tu,” balas Acap lalu ketawa.
“kau mengakulah aku memang comel??”  soal Adira sinis.
damn! Aku salah cakap kot!”
Adira ketawa kuat. Dah puji, nak tarik balik!
“Okay serius! Kenapa jauh sangat? Kejap lagi nak maghrib kat mana ni? kau tahu tak sekarang pukul berapa? 6.30 tau!”
“kau ni risau sangat kenapa? Sekarang banyak surau ataupun masjid di sepanjang perjalanan kita ni tau. Kita singgahlah mana-mana nanti,”
“mahunya aku tak risau. kau orang ni kadang-kadang bukan tak tahu, tapi sengaja buat-buat tak tahu. kalau keluar pagi, malam baru balik, solat tu entah ke mana!”
Acap senyum sumbing, nak melawan rasa macam tak perlu sebab apa yang dikatakan Adira tu memang tepat kena ke batang hidungnya. Sebab tu jugalah dia suka kalau ada Adira bersama jika keluar beramai-ramai. Adira ibarat alarm untuk mengembalikan mereka semua kepada amanat Tuhan yang satu itu ketika mereka terleka bila bersuka-ria.
“kita singgah masjid zahir nak? Lepas tu baru lepak star gate?”
“okay.”
Adira melihat warna remang senja yang memerah. Matahari dah terbenam. Maghrib pun dah masuk ni. Acap di sebelah kelihatan sedang menyanyi-nyanyi kecil sambil mengikut rentak lagu Jlo- dance on the floor. Kepala tu dah macam burung belatuk. Terangguk-angguk.
“karang, tak pasal-pasal ada yang kena ketuk dengan aku!”marah Adira.
Acap tersengih. Ligat tangannya menukar siaran radio.
“haa... ni mesti kau suka,” Balas Acap sambil merujuk kepada siaran yang sedang berkumandang. IKIM tu!
“kau ni kan...” Adira hanya tersenyum dengan gelagat Acap.
“Ed... Ed.. kau ni kan, baik tahu tak!” Acap memuji tanpa sedar.
“hmmm... telinga aku macam ada dengar-dengar sesuatulah. Aku baik?” Adira mengusik.
“damn! Aku salah cakap lagi!!” kata Acap sambil menepuk dahi seolah-olah yang dia baru tersedar sesuatu.
“aku sukalah bila kau salah cakap,” balas Adira sambil ketawa lepas.
“hoi, maghrib!!”
“opss..”

BERSAMBUNG...

~preview: BILA KAU ADA~

Assalamualaikum...

buah tangan raya!. heehe.. taklah..

cte baru.. cite baru...hehe

cerita ni dah lama siap tapi susah gila nak cari tajuk.ak pun tak tau kenapa aku pilih tajuk ni.hahah
-------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------
“HOI!!!!”
“budak tulah...” khairul berbisik pada Khid di sebelahnya.
“bagi balik aku punya sketchbook!”
-------------------------------------------------------
“Ed tu cantik kan?” soal Acap memecah kebisuaan antara mereka.
Khid memandang teman di hadapannya, “kau cakap tak suka dia!”
-------------------------------------------------------
“aku benci kau Khid dan jangan panggil aku Adira!” balas Adira lalu melangkah pergi. 
------------------------------------------------------
------------------------------------------------------

p/s: malam ni episod satu. enjoy~

::cinta hati saya::

assalamualaikum...

wah.. dah mcam statement shila hamzah few months back dah.hihi..

talking about love of 26 years old single woman, (woman???) haha.. love for me now is not about loves between a guy and a woman. between a boy and a girl...

LOVE IS A BIGGER WORD.. it is  loves from THE CREATOR that we have to search for.. that's the TRUE LOVE!

mengejar cinta dunia sampai kadang2 kita terlupa ada sesuatu yang lebih bsar.

yang sudah tersedar, syukur dah nampak jalan yg benar.

yang masih di awangan mersai konon cinta yang terindah tapi tidak halal, hmmm... sendiri mau ingat...

yang sama-sama mengecap bahagia,bercinta, kerana itu halal bg mereka, syukur itu rezeki...

yang masih menanti siapa cinta di hati, semoga Allah temukan yang terbaik..


apa pun, cinta itu memang besar maknanya..
 cinta kepada ALLAH,
cinta kepada Rasul
cinta kepada ibu bapa
cinta  kepada ummah
cinta kepada kecemerlangan..


ps: teringat plak nyanyi lagu ni masa KKAA... miss the moments so much..
me and En K. pergh! awal-awal pgg streng keta macam streng tu nak tercabut. hehe..

.. new start..

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum...

hmm... rasa macam datang ke tempat baru! hehe.. masih lagi dalam mood raya walaupun berkepuk-kepuk paper PBS yang belum marking. so selamat hari raya. maaf zahir dan batin..

sedihnya. blog lama aku dijangkiti malware dan masih lagi belum berjaya dihapuskan.. sedih2..

banyak suka duka dalam DuniaKu. dari sehappy-happy moment sehinggalah sesedih-sedih cerita, semua ada dalama tu.. bak kata uncle, (ayat ni mmg aku xleh lupa) "baca lima tahun akan datang pun, masih boleh rasa apa yang rasa masa tu,"

yup! cnt agree more. sampai kan aku sendiri jadi fobia nak bukak cite2 lama yang menyedihkan tu.haha ..sgt menyentuh hati sanubari, kdg2 aku sendiri tertanya-tanya, "weii... gilalah! aku ke yang dok berjiwang smpai camtuh sekali???" tp kompem. memang aku je yang dok potpet2 dalam tu..

haha..

now, setahun lebih dah aku dekat sggs, penang. dulu bila aku tinggalkan sambest, aku risau aku tak kenal sape2 di sggs. sampai aku lupa, aku masuk sambest dulu pun, aku tak kenal sape2 dan akhirnya aku dpat ramai kawan di sana. dh lebih setahun ni, alhamdulillah i have many friends and sisters here.. and works to do too.. hihi

life sebagai cikgu?? hmm.. mungkit sebab sekolah aku tu one of the High Performance School, so banyak gila kerja. kerja sama dengan semua guru sekolah lain buat + keje2 extra HPS.huhu tapi walau macam mana pun, ini cabaran untuk aku. selagi aku kat sggs tu, selagi tu aku akan belaja sebanyak mana yang boleh sebelum aku ditukarkan atau bertukar ke mana2 sekolah lain. ikut suami kataya~ haha

ok. dah rasa macam buat karangan pulak..

personal life aku?? cinta hati aku?? next post... hhihi