“dira, akak baru beli sabun nak gosok lantai bilik
air tu. Kau tolong cucikan bilik air tu. nanti seganlah orang tumpang mandi,
bilik air macam tu,” suara Kak Gina bergema di sebalik bilik air yang
memisahkan biliknya dan bilik Kak Gina. Adira menarik muka bosan tanpa dia
sedari.
Balik-balik aku juga yang kena cuci bilik air tu.
padahal bukan aku sahaja yang mandi dalam tu. baru dua, tiga hari datang, dah
kena buli. Padahal Kak Gina dan Kak Una tu dah 2 minggu makan dan minum dalam
rumah lebih dari aku.
Adira berbicara dalam hatinya. Nak cakap depan-depan
dia tak berani. Nanti dikata kurang ajar pula kan?
“okay!” balas Adira dengan nada yang sebenarnya
kurang ikhlas.
Jam di tangan dilihat sekilas. Sudah pukul 5.30
petang. Tidak sedar masa yang berlalu bila dia mula membaca. Novel Adam dan
Hawa karya aisya sofia diletakkan di tepi bantal. Tuala dicapainya sebelum
melangkah masuk ke bilik air.
Ada tugas besar sedang menanti!
ADIRA mengelap rambutnya yang basah. Terasa lebih
segar selepas mandi dan menunaikan amanat fardu yang satu itu. dia memegang
tombol pintu lalu dipulasnya. Pintu biliknya terbuka.
Mata Adira membulat!
Kak Gina tengah kemas ruang tamu! Buku-buku dan
fail-fail yang sebelum ini bertaburan di atas sofa, sudah terletak elok di rak
buku di tepi televisyen. Lantai sudah bersapu dan nampak macam baru lepas mop!
“akak mop lantai ke?” Adira menyoal. Tiada rasa mahu
meringankan tangan menolong menghampar tikar yang digulung untuk menyapu tadi,
barangkali.
“taklah,” Kak Gina menjawab pendek sambil matanya
terarah ke skrin LCD tv yang tersangkut di dinding ruang tamu itu.
Ini satu hal! 24/7 cerita korea. Naik juling biji
mata aku. nak tumpang tengok pun, tak faham apa-apa sebab tak tengok dari awal.
Akhirnya dalam bilik jugalah memerap.
Telefon yang berbunyi di dalam bilik membuatkan
langkah Adira untuk ke dapur mati lalu dia berpatah balik.
“assalamualaikum...” Adira mengucap salam sebaik
sahaja panggilan itu dijawab.
“Ed, aku dah on
the way nak ke rumah kau ni. siap sekarang. teman aku keluar makan!”
Adira memandang telefon itu lama. Ayat yang keluar
dari mulut Acap yang macam bertih jagung tu mengejutkan Adira.
“kau ni kan salam tak jawab, mukadimmah pun tak ada,
suka hati je nak bagi aku arahan,” Adira membebel. Dia mendengar tawa Acap di
hujung talian.
“sebab aku lagi 5 minit nak sampai,” balas Acap.
“kau ni kan!! Eeeee! Dah berak, baru cari cangkul
nak korek lubang!”marah Adira.
“ala Ed... pergilah siap.You have another 4 minit and 30 seconds. I wait outside.”
Acap memasukkan Iphonenya semula ke dalam poket
seluar. Memang dia dah sampai pun. betul-betul di luar pagar rumah Adira. Ni
kalau tahu dia dah sampai mahu mengamuk si Ed. Nanti sengaja je dia buat-buat
lambat sebab mahu membalas dendam. Datang tak cakap awal-awal. Padanlah dengan mukanya.
Dari jauh, Acap sudah nampak wajah monyok Adira.
Marah tak hilang lagilah tu! detik hati Acap.
“Makan mana?” soal Adira mendatar. Tiada riak di
wajahnya.
“Star gate,” balas Acap. Keretanya mula menjalar
meninggalkan kawasan perumahan Aman Jaya.
“jauhnya. Kau nak jumpa siapa kat sana?”
“i want you to
meet somebody.”
“not another
blind date please...” suara Adira
tegas.
“bukanlah beb. Senyumlah sikit. Kau tu tak comellah
kalau masam macam tu,” balas Acap lalu ketawa.
“kau mengakulah aku memang comel??” soal Adira sinis.
“damn! Aku
salah cakap kot!”
Adira ketawa kuat. Dah puji, nak tarik balik!
“Okay serius! Kenapa jauh sangat? Kejap lagi nak
maghrib kat mana ni? kau tahu tak sekarang pukul berapa? 6.30 tau!”
“kau ni risau sangat kenapa? Sekarang banyak surau
ataupun masjid di sepanjang perjalanan kita ni tau. Kita singgahlah mana-mana
nanti,”
“mahunya aku tak risau. kau orang ni kadang-kadang
bukan tak tahu, tapi sengaja buat-buat tak tahu. kalau keluar pagi, malam baru
balik, solat tu entah ke mana!”
Acap senyum sumbing, nak melawan rasa macam tak
perlu sebab apa yang dikatakan Adira tu memang tepat kena ke batang hidungnya.
Sebab tu jugalah dia suka kalau ada Adira bersama jika keluar beramai-ramai. Adira
ibarat alarm untuk mengembalikan mereka semua kepada amanat Tuhan yang satu itu
ketika mereka terleka bila bersuka-ria.
“kita singgah masjid zahir nak? Lepas tu baru lepak
star gate?”
“okay.”
Adira melihat warna remang senja yang memerah.
Matahari dah terbenam. Maghrib pun dah masuk ni. Acap di sebelah kelihatan
sedang menyanyi-nyanyi kecil sambil mengikut rentak lagu Jlo- dance on the floor. Kepala tu dah macam
burung belatuk. Terangguk-angguk.
“karang, tak pasal-pasal ada yang kena ketuk dengan
aku!”marah Adira.
Acap tersengih. Ligat tangannya menukar siaran
radio.
“haa... ni mesti kau suka,” Balas Acap sambil
merujuk kepada siaran yang sedang berkumandang. IKIM tu!
“kau ni kan...” Adira hanya tersenyum dengan gelagat
Acap.
“Ed... Ed.. kau ni kan, baik tahu tak!” Acap memuji
tanpa sedar.
“hmmm... telinga aku macam ada dengar-dengar sesuatulah.
Aku baik?” Adira mengusik.
“damn! Aku salah cakap lagi!!” kata Acap sambil
menepuk dahi seolah-olah yang dia baru tersedar sesuatu.
“aku sukalah bila kau salah cakap,” balas Adira sambil
ketawa lepas.
“hoi, maghrib!!”
“opss..”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment