..I Believe ALLAH Has Bigger Plan For Me Than I Had For Myself..

kisah dua tahun lepas...

alhamdulillah... syukur ke hadrat Illahi. sudah setahun kami mendirikan rumah tangga dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata.. Maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?


dua tahun yang lalu..

"dik, hang ada boyfriend dak sekarang"

simple.padat. straight to the point dia punya soalan. hahahahaha.. tu permulaan perkenalan aku dgn D. tapi ayat tu bukanlah dari D sendri. tu ayat dari what-so-call-match-maker- kami. haha.. nak harap kan D, aku ni ha yang mintak no fon dia dulu.. ehhh... bukanlah aku ni xtau malu. excuse me. haha.. ofcos he made the first conversation, thru fb. aku pulak mintak  no fon sebab line internet kt rumah aku tu slow. so better use whatsapp for chatting.  btw masa tu xde lah malu-malu kucing macam ko bercakap dgn crush ko. sbb xdak perasaan kan.. it was like ' oi jom lepak mamak'. haha.. whatever~
(sumpah kalau aku suka dia masa tu mesti aku xmintak no fon dia) hahahahaha

kriteria dia masa tu? salah satu kriteria yang membuatkan peluang dia terbuka luas dalam hati aku (cewah!) ialah dia tak merokok. alhamdulillah. lepas tu ada lagi lah tapisan2 yang lain.. aku dulu risau jugak. org selalu cakap, u will get what u hate the most. dan aku paling pantang dgn org hisap rokok.. ish xbleh la..huhu

mcam cerita novel, ada pahit dan manis. ada suka & duka. biasa la tu. sedangkan lidah lagi tergigit. ini pulak manusia..

setahun lepas kenal dengan D, kami pun disatukan. alhamdullillah syukur.. Allah jadikan kita berpasang-pasangan dan saling melengkapi. ternyata memang dialah yang melengkapkan aku.. walaupun dia selalu  buat aku marah.haha.. alahh marah-marah sayang.hahahah

masih jauh perjalanan kami.insyaallah.. tips keluarga bahagia, sentiasa saling ingat mengingatkan moment2 indah bersama. supaya kasih sayang tu sll mekar bukan hambar.

cabaran pasangan masa kini: duduk sama2 tapi dua2 tengok gadget masing2.atau sorang asyik dgn gadget . kita sedang membina jurang sedikit demi sedikit. (so no ps4 D! hahahahaha)
gigih laki aku p oder props ni semua.haha

mak dah mengantok oi.mujoq anak dok lena. boleh lah buat karangan berkajang ni.hahaha

happy first anniversary D dearie... smoga hubungan kita sentiasa dipelihara Allah Taala.. jom kita upgrade iman kita. nanti kan nak jumpa kat syurga. ;) 

Love u to the end.... nur atina osman & mohd izwandy adnan.

we love u sayang nur imtiyaz zahra.

27/11/2015. 11.14pm


travelog zahra #2: batu feringgi

Assalamualaikum..

Majlis terakhir di sen jojes???

Jeng..jeng..jeng...


Yeay!!kemain lg zahra berjalan weekend ni.. Sekolah mama buat AGM kelab staf& luncheon di golden sands resort,batu feringgi.

Nasib baik zahra behave. Lepas ni boleh bawak jalan lg.papa belanja pulak.hahahaha

Pkul 8 start dengan AGM.pkul 9 start games. Kami sampai sana hampir pkul 10.Aku terpaksa tgk je dorg punya aktiviti..dorang xbagi main.. Hahah

Berjalan dengan anak dan encik suami??

Pernah menjadi impian aku..sweetnya bila tgk mama2 muda jalan dgn anak2 kecik.wah!hahaha..bukan mudah oo.. Pkul 7 blh jd pkul 8..


Masa tukar dypers zahra,aku menang lucky draw yg ke 10.hehe..alhamdulillah.. Last sekali pernah dpt lucky draw masa first year masuk sen jojes.. 

Err.. Tiba2 mcm terfikir sesuatu..dulu dpt cabutan bertuah masa first year kt sen jojes.. Adakah ni tandanya tahun last kt sen jojes?? Eh.




Travelog Zahra #1: mama kena kerja

Kita hanya mampu merancang,Allah yg menentukan..

Assalamualaikum..

Zahra is 75days old..terpaksa tinggalkan zahra.mama plan dah cantik dah.tp Allah lebih mengetahui.yg penting zahra sihat walafiat..

Thanx to adik n her husband for let us stay here for this last three week of schooldays..

Oh sen jojes.. Be nice to me.. ..

And zahra, be a a good girl..kesian atuk and achu.. Mama p work sat saja okay.. Balik nt mama bg la upah kt zahra.hehe..

Jom tdo zahra..Mama pun dah penat angkt brg.selalu papa yg angkt.. Mama goyang kaki saja sambil pangku zahra.haha.. (Tq to paksu too tlg angkat brg zahra)

Semoga semua dipermudahkan..

Good nite..

jom hiking zahra!

Di kala hujan membasahi bumi dan zahra pula tgh tido,papa pulak pg gym,mama dia layan blues laaa.. Haha

Zahra,dah besar nt kita buat outdoor activities okay..
Zahra doa mama dpt tukar sekolah ya..
Eh.
Hahaha..

Teringat zaman2 hiking walopun sll ja jd org2 yg terakhir.. 

Dgr kata cpd buat bulan 11 ni.buat dekat escape..

like.. Seriously???

I will be missing the fun.. Xkanlah nak terkangkang2 dah main monkey bisnes..huhu.. 

Xpala.. P lg next time..brg nak pakai lama.hahah



Sekian.
6.00pm

cek pampers jap!

Korang penah tgk tak video yg sll sepasang laki bini ni buat n then upload kt dunia maya ni??? (Ak xingt nama dorg sbb ak tgk sekali tu je) pastu ada satu yg si husband ni buat vid psal loghat utara n key el ni?? Ada x??

Apa kaitannya?

Maka tersebutla kisah.. Semalam,masa si zahra dok sibuk  menyusu sambil bebai2 dia tu,memikirkan yg zahra mgkin berak so dia xselesa,aku pun ckpla dkt mr.d: cek pampers jap.

"Jap???" D replied.

krik krik krik...

Kemain kena gelak ng laki aku.Semalaman aku kena bahan becos of the word 'jap' tu.tershashul baqqq hiang..

Kahkah.. Ok..ak mngaku mmg xsengaja tertukar slang...maklumlah lama dok key el..wah! Hahaha

Sekian.

2 months old!

Happy 2 months old sayang! To be exact,today is her 63days old. Akai dah jenuh dah.menangis pun dah bukak gear 4..masa cucuk 1month,menangis masa kena cucuk je.lepas cabut jarum,dia diam.. Lusa ni cucuk lg. xtaula macam mana.. Be good ye baby zahra.. Hehe



Bilalah zahra nk besaq ni.comel cm mama dia la ni.haha Baju comel2 mama ng papa beli,yg kawan bagi semua xblh pakai lg sbb besaq walopn dah beli y paling kecik.. xsabaq nk tgk zahra pakai comel2.. Baju tdoq zahra pun dok besaq lg.. Xpala.. Janji zahra sihat walafiat..

Seminggu dua yg lalu,ak mendapat perkhabaran sedih dr seorang sahabat.. Apalah sgt ujian kuning yg kami terima berbanding dgn apa yg beliau brdua terpaksa hadapi..damailah anak di sana.. anak syurga.. Ganjaran sehebat dengan ujian. Al fatihah..

Salam takziah..Semoga korang berdua terus tabah dan cpt2 dikurniakan iman junior..









::harapan bulan doblas::

Sayu hati... Sayu sekali...

Tiba2 teringat lirik ni.lagu apa pun xtau la.malam2 dok meroyan x tentu pasal ni.haha


Kalau dpt tukar sekolah januari 2016 ni, aku sanggup p meeting sekolah baru bln doblas nt.haha

Sekian entry kurang berfaedah..

Selamat malam.

Assalamualaikum

KUNING: Jangan degil!


Entry ni xde kaitan dgn geng bersih,geng merah atau sebagainya ya!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Hri ni follow up prolong jaundice Zahra.. Semua okay.. Xde masalah yg serius. 
Cuma kuning je lambat hilang.
-_-!

Bila tya pada doc,kuning dia masih ada,doc ckp x apa. Selalunya xde masalah serius.

Doc pun explain.secara ringkas beginilah bunyi nya:
Bila baby dah berusia 14 hari, selaput otak dah matang(kuat-oh aku lupa beliau guna term apa td) jd effect kuning tu xsampai ke otak la.. Ni untuk bby yg ckup bulan. 14 hari. Kalu yg xckup bln doc yg sebelum ni ckp 21 hari.
Yang paling ditakuti adalah bacaan kuning yg sgt  tinggi pda usia sebelum 14 hri sehingga blh effect ke otak atau memerlukan pertukaran darah.

** ni penjelasan dr ckgu math yg belajar biology smpai form 5 je.sebarang pembetulan atau penambahbaikan dr golongan medic line sgt digalakkan.hihi**


Apa pun: JANGAN bagi makan bayi2 anda selain susu ibu sekiranya menghadapi masalah kuning.

Dan...

Bertabahlah. 

Sekian.

P/s: sapa2 yg ada anak masalah kuning blh tinggalkan komen sket. 


.throwback: priceless moment .

Kak H pesan,kena control. Jn dok gelak kuat2.. Jgn dok jerit2 pgl org...

Taulah aku ni mcm mana.. Huha huha.. Ayu dan tina ibaratnya gulai ikan dan ayam goreng.satu laut,satu darat.satu kuah,satu kering.lain kan.  Wah!
(Masuk perut,jd satu jugak.)
Haha

Dari hr jumaat aku dok control..tp time ni,terrrrrover jugak! Depan mak mertua pulak tu..

Hahaha..payung tersangkut pokok!


Zahra & The Prolong Jaundice

Assalamualaikum..

Tajuk dh macam Harry Porter pulak.. Harry Porter & the chamber of secret.kahkah.. Mama Zahra ni suka tgk movie HP.. Tp masa pregnant xdakla dia tgk HP. satgi takot Zahra ni berangan pulak.. Fast n Furioust xberani tgk2 selalu.. Satgi bawak kete laju pulak dia.hehe.. Maklumlah nak didik anak kena lah dr dlm perut.malaah sebelum tu lg.. :)

Pjg pulak intro.

Zahra is 41 days old. Macam xpercaya pulak.xckup kira dgn jari,amek kalendar pulak.hehehe..

30 sept ni ada appoitment dgn hospital baby Zahra admit untuk update kes prolong  jaundice..

Prolong jaundice...

Menangis mak dia dlm hati bila kena masuk hospital lg lepas operate.. Xlarat nk duk dlm wad dh sebenarnya.. Masa tu reading kuning zahra 280.masuk hr sabtu keluar hr khamis.6 Hri dlm wad tu xtaula bpe kali menangis.encik D hari2 dok pesan jgn dok nges2.. Jgn dok sedih2.. Tp apa kan daya.. Kadang blhla tahan.kdg2 mmg xdpt den nk tahan.

Katil lain bertukar ganti org.aku je ni ha yg dok bertapa kt situ lg.

Reading kuning zahra turun sekali dan naik naik naik..hri ke6 bru turun n blh balik.masa tu mak dia ni dah blh terima kenyataan pasal jaundice & darah o+..

Hari kamis balik,hari sabtu kena masuk semula.masa tu zahra dh 12hri.reading 280-300-260. Dengan reading 260 akhirnya doc bg balik. Xdak lg amek darah tiap pagi.xdak lg kena masuk wad.  Doc ckp prolong jaundice.ambil air kencing n darah untuk cek sebab jaundice, n follow up after one month which is this coming wednesday..

Hopefully xdelah apa2 yg serius..
Masa amek gmbr zahra dah makin cerdik...
dia xmau dh duduk bwah lampu tu..
 Tiap kali boh kena bedung dulu.
pastu baru bukak bedung dia..
Tinggallah dia dan pampersnya saja bwah lampu tu...huu
Aku skrg ni xboleh dgr org sebut pasal kuning.trauma pulak rasa..huhu..

Terima kasih pd kak K yg bg fully support kt aku. Sbb dia pun menerima nasib yg sama.. Dia dtg jenguk aku,dgn aku dgn dia sekali touching.. Sbb dpt rsa dis one kind of feeling..

N of couse my encik D dn kaum keluarga.. (Ak ckp ng mak aku je mesti rsa nk teriak!)

Kuning ni,susu ibu saja penawarnya.. Cpt atau lambat saja..apa yg org petua,ada juga kami try tp xmenjadi untuk zahra.lastly aku ng encik d decide,nothing else other that breastmilk for zahra.. Risauu di kemudian hari effect pd ginjal ke apa ke..sbb baby kecik lg kan.. Klo yg mandi2 tu xpala xsangkut paut dgn makan..

So mummy2 kt luar sana,kalau kena jenis yg lama ni,bersabar dan bertabahlah okay..org lain turun sbb makan itu ini semua kerana kebetulan nk turun.

Apa pun,tu semua rezeki allah taalla.. Kita blh ikhtiar tp jgn smapai memudaratkan..

Sekian untuk entry kali ni..

P/s: aku cuba untuk pendekkan tp terpanjang jugak.hehe
#bymamaNIZ. 

welcome babyNIZ

Assalamualaikum..

Penantian penuh suka duka akhirnya ternokhtah juga...

Terima kasih ya allah di atas kurniaanMu yang amat bermakna..

Nur Imtiyaz Zahra..

Doakan kesihatan Zahra..hr ni hr ke 14 umur zahra dan hari ke 8 zahra di wad kerana kuning. semlm bacaan kuning Zahra naik ke 300.. Luluh hati mama hanya Allah yg tahu..

Masing2 ada rezeki dan ujian masing2.. semoga kami akan terus tabah..




Warded-second time.

Assalamualaikum

Boleh senyum,blh gelak,blh makan dgn licin! Kira okayla tu.hehe

Yup.pagi semalam bila nurse kata kena masuk wad,rsa mcm masuk telinga kanan keluar kiri.biar betik nurse ni.hehe.. Terlupa sekejap it is not abt me now,it is abt mama and baby..

Nurse suruh tukar baju.aku blur.
Nurse kata meh duduk sini,refer pd kerusi roda. Ak pulak balas, "hehe..kena duduk atas wheelchair ka nurse?" dlm ati aku ni segan pulak nurse tu nak kena tolak aku atas wheelchair sbb ak blh jalan lg.org kampung mana la ni..haha
Nurse tu balas "nak jalan pn bleh.tp xpala.duduk ja.buat syarat."

Now almost 24 hours im here
Sepanjang ak kat maternity ward ni,semua nurses n docs are very okay n friendly.walopun ada je kdg2 depa dok bergosip pasal keje masa dtg cek aku.haha biasa la tu..
Time doc dtg 4 5 depan ak dok discuss psal kes aku ni,neves baq hanggg...haha.. Kelip pok kelip pok pndg depa.and most of the things i heard,im actually not really understand.maklumla aku ni bkn medic line.ckgu matematik je..ada la yg ak paham sket2 bila depa xguna bahasa doktor ni.haha

Dlu msa first time warded dkt ppum,baru balik kem btn..warded sbb nak masuk air dlm bdn.ak cirit birit n muntah..masuk ptg,pkul 3 pagi dah blh balik..i still remember those who came and visited last time..terharu! Thank you so much.

So this is my second time.D risau,mak aku kt kg lagi la risau..but now,everything is getting better.doc said this minor contraction might be from the urine infection.now i will be transfered to normal ward.

Alhamdulillah.. Pengalaman aku hr ni,bukanlah seburuk2 pengalaman yg kebanyakan org dok bercerita..mgkin juga bernasib baik..dn mgkn jugak ada org ckp,eh ko baru masuk sekali.ni haaa akak masuk beranak dah 5 6 kali,blablabla..

It is all abt manners.. Kita berbudi org berbahasa.kita berbudi,org kurang ajar,lantak p la.at least dr kita,dh tnjukkan yg contoh baik..

Semoga lepas2 ni pun berjumpa dgn org baik2.. Kita respect org,org pun akan respect kita kan..berbuat baikla dgn sesiapa sahaja..

Wallahualam..

Alhamdulillah..mama and baby are okay..xsabar nak balik rmh..hehe..baby be tough okay!

P/s: tula D mintak cuti 2 hari xhabaq. senyap2 ja..surprise la konon..tba2 bini masuk wad.mmg  cuti sungguhla.hihi..

Love u D!





-HARI GURU 2015: BLACK ROSES-

terima kasih cikgu!


hehe... last week sekolah aku adakan sambutan hari guru. tema tahun lepas: back to school. tahun ni black roses pulak. kalau direct translation nya rose hitam! hahaha tp melalui cakap-cakap guru-guru pengelola sebenarnya merah hitam. huduh kot nak letak black-red. hahaha..

kalau ko google pulak, dptla image2 rose wana hitam or gambar model seksi nak mampus pakai dress kaler hitam..(aku google okay!)

dahlah xyah pening2. merah-hitam sebenarnya. hahah

aku rasa disebabkan kaler merah dan hitam telah menyelamatkan aku dari mengeluarkan duit untuk membeli sepasang baju baru. eh, tak kuasa la aku nak beli semata2 nak pakai sekali dua..tahun lepas punya back to school tu pun riuh rendah pinjam kat budak2..kahkah.. dah pinjam nak demand pulak.sekeh baru tau!haha

pagi tu, bermula dengan bacaan yassin di dewan asrama pada pkul 6.45 pg. gedebuk gedebak p isi minyak segala (maklumlah satgi nak balik jumpa encik D tercinta), sampai sekolah dah 7.10.. xsempat nak join bacaan yassin.

naik je ke bilik math, xdak org! weiiii... mana makanan yg dijanjikan nih?? kuikui... kami nak buat makan kecik2...rupanya ramai lagi yg belum dtg. 10 minit kemudian, makanan dah memenuhi meja pantri kami!haha

soru dulu!!



pkul 7.30 ada aerobik. aku memanglah berpakaian sukan. tp disebabkan keadaan fizikal aku sekarang yang dah tak boleh seaktif dulu, makanya aku dok tepi jelah amek gambar.haha





lepas aerobik ada aktiviti guru dn pelajar. aku main batu selambut. tewas ditangan cik M. ceh! hhaha
sebab aku kalah, so aku xnk letak gambar!kahkahkah..

ada lg la game lain. congkak, isi air dlm botol, futsal.. ooohh.. aku patut masuk isi air dlam botol la.. sbb dulu aku menang no 1 masa tadika! pertandingan isi air dlm botol.hihihih

lepas tu menyoru lagi dekat jamuan2 kelas..


haa tu yg ka tangan tu. tu je yg aku dpt dengan beg kt atas meja tu.hihi... terima kasih anak2.. xdpt adiah pun xpa.janji hormat ckgu2.. ddan yang penting, cikgu dpt pindah. EH!

Dah selesai menjamu selera, busuk2 tulah p tukar baju pakai baju gojes pulak! kahkah.. (jangan muntah tgk gmbar yg banyak ni!haha)




hahah... tersesat jugakla aku kat belakang tu! haaha
acara tamat 12.30. acara berikutnya ada hi-tea di hotel. pkul 2. hah.. melangutlah kt bilik guru sementara nak tgu smyg zohor.. TAPI  xkan melangut saja. haruslah amek gambar juga.haha.. geng matematik yg osem. semua ada kepakaran masing2 tiap kali buat makan2..kehkeh..




finally... hi-tea!!

husband tanya, "nak p ke dak hotel ke nak tuang?"

aku bab2 memecut balik tiap2 hari jumaat mmg pantas!hahaha

"haish.. apa pulak tak p. bukan senang nak dpt makan free. kt hotel plak tu"

terima kasih kepada adik puan boss kerana membelanja kami cikgu-cikgu sen jojes ni..






ade ke Puan Boss kata sape yg amek gambar dengan dia, xdpt bertukar!  hahahaha.. telan ayaq lioq denagr lawak Puan Boss.. sweetlah puan boss ni!hihi

gambar kt hotel banyak yg x jd. maklumlah kamera org. org hat yg pinjam ni pulak peqak.xreti guna.. xpa nt syg nak pinjam lagi ye encik D! hahaha mohon ajar guna sampai pandai! hahaha


and the lassst one...
haruslah yang paling besar tu muka sendiri kan!
hahahahahahah
andaikata aku ditakdirkan berpindah dlm msa terdekat ni, i will miss all these moment very much. walopun keje bertimbun, tp  persahabatan tu x ada batasan..byak juga benda yg dipelajari... so many things.. tak dpt di nafikan, lagi lama kat sen jojes lagi jauh aku bleh p.. tapi tak sanggup rasanya nak jauh dengan suami..kihkih.. insyaallah.. lain padang pain belalang lain pula pengalamannya.

eh.terbuat ucapan perpisahan pulak! hahahaha

okaylah.. aku dah sakit pinggang dok update entry ni.. panjangbe benor.puas hati i!

haha

p/s: harap2 dapat pindah cepat2...

assalamualaikum..

.qurratun ain.

Baby bump dah nampak..hehe

"Dah nampak dah perut.." beliau berkata lalu meletakkan tangannya di perut aku.

Sekejap.

Aku tarik tgn beliau sekali lg dan letak di perutku..dengan niat semoga dia cpt2 jugak jadi ibu..

Masing2 terdiam.terkelu tanpa kata.

Sebak. Air mata bergenang.

Beliau ke kanan dan aku kembali ke tempat dudukku meneruskan kerja-kerja tertangguh.buat2 sibuk.

Waa.... Aku beruntung..masih ada ramai yg menanti dengan penuh sabar..

Antara jodoh dan anak,isu anak lebih sensitif..

Saya doakan smoga cpt dikurniakan zuriat kak..Semoga cpt dikurniakan zuriat sahabat2..smoga terus kuat dan sabar..


~come back~

hai MEI!

assalamualaikum..

last entry was on mach,9. haha.. sangat xemnyempat nak update. dan kadang-kadang nak update pun fikir banyak jugak. sbb takot ada kesan yang tak baik..

alhamdulillah walaupun dalam pelbagai ujian yang datang Allah bagi juga rezeki yang tidak putus..syukur..

yang nak mengetahui perkembangan aku, (eh, over pulak!) hehe...aku masih lg berPJJ dengan D.. oh tiba2 teringat kes myvi 6 bijik tu! aku takut2 jugak lah sebenarnya dah dok berulang seminggu sekali guna hway..D pun pakai myvi. dia buat dekk ja. haha.. tu beza laki ng perempuan kot.hahaha

oh dan sebenarnya betullah seperti yang dikata, bila kita kawen kita saling melengkapi antara satu sama lain..

aku dulu mmg xambil pusing langsung pasal hal -hal semasa tp sekarang D la yang selalu dok update kt bini dia ni. haha atau mungkin isu semasa skrg semakin mengarut kot. secara xlangsung aku terambik tau jugak. yelah harga minyak naik.gst. tabung haji. etc. sangat ada kaitan dengan diri sendiri okay! haha

dan konon2 jadi isteri yang supportive, so bila dia tgk bola, aku pun akan temankan D. cukup sekadar berada di samping dia. walopun xsampai stgh jam kemudian aku tertidur sudah!hahaha tapi tak kuasa la cheq nak bangun 2 3 pagi tgk bola. tu dia tgk sorg2..

baru-baru ni teman D pg gym. mula2 tak nak ikut. tp dah dia insist.. so aku ikut jelah..teman saja. aku x bergym pun.kahkah.. ade ke dia bg aku komik dragon ball sruh aku baca smentara tunggu dia bergym tu semua.. dah tak pasal2 sepnajang hari tu aku bca sampai volume 6 komik dragon ball. zzzz

haha..

PJJ kan..byk mana sngt masa bersama yg ada. weeknd saja. tu pun dia cuti jumaat sabtu. aku pulak sabtu ahad.. so gnakan masa sebaiknya.. harapnya ni bukanlah hangat2 taik ayam.. baru kawen kan.. haha.. btw hopefully aku akan terus temankan beliau sampai bila-bila..

hmm. Alhamdulillah aku dan D sedang menghitung hari menunggu kehadiran quratun ain dalam hidup kami...semoga Allah permudahkan semuanya.. semuanya..

dan baru-bru ni, Allah kurniakan lg rezeki untuk aku dan keluarga.. semoga aku akan teruskan dedikasi aku sebagai pendidik tak kira kat mana pun aku tercampak.. harap2 dapatlah kiranya aku berkhidmat di tanah kelahiran aku sendiri.. dekat di samping suami tercinta! Wah!

aku bagi hint kat Puan Boss.. beliau reply "Aik bunyi macam dapat tukar"

sumpah aku ingat dia takkan reply.hahaha makanya aku pun mengambil kesempatan tu sewajarnya. "baru minta tukar je puan. mohon bagi green light.hihi"

nasib baik dia tak reply dah! hahaha..berpeluh nak reply wasap puan boss okay!(over.) hahaha

ok. that's it. haha terpanjang pulak..

selamat membaca lagi lain kali!

assalam..

sayangnya ku tak bisa melompat.

Assalamualaikum

Quite busy now.huhu... Hari ni ajar bdk2 spike.walopun spike aku pun jahanam jugak.haha.. Tapi lepas berkecimpung lebih 10 tahun dgn sukan voli ni,ada la jugak improvement aku berbanding msa high school dlu.. Haha

Xpa.. Yg penting konpident!

Hahaha..

Anak2.. Ckgu mu xde pun join mana2 kursus kejurulatihan. Ckgu belaja spike pun x bercoach.observation n youtube!

Kita pun xdak masa yg pjg.mngu depan hampa cuti pulak seminggu,kelaut pulak la digging hampa tu.. Xpa kita buat dulu yg mana blh.. Ckgu nak ajar hampa lasak-lasak ckgu pun xbleh nak lasak sgt...mulut ni jelah yg dok lasak..

Pk koko ckp jgn kalah first round.. So kita target quarter dlu ye anak2...ckgu bru lepas stdy ni.nt ckgu tnjuk setting n spiking yg betul.. Td tu nak test la power hampa mcm mana..

Ckgu ni xterrer tau..ada ilmu sikit2 ni jelah yg bleh kongsi ng hampa.

All the best to us!

Pilo Toq: mungkinkah aku 20 tahun lagi?

Asslamualaikum..

Ak bukan seorang pembaca tegar.dlu aku ingatkan aku ini TEGAR. Tp setelah mengenali ramai orang,aku jauh ke belakang..hah!penulis tegar apa lagi.brapa banyak cerita yg xberkembang2 yg ada dlm cik asus aku..tah bila laaaa nak ending.. Agaknya aku ni menulis bila aku sunyi kot?? Hahaha

Back to bussiness...

Hobi membaca novel kakak ketiga aku la yg berjangkit pd aku.cuma ianya bermusim.mcm sekarang,mcm selepas aku kawen,xlalu langsung nak bca novel.haha

Kenapa ak bukan TEGAR? Belum lg ak berjaya menghabiskm mana2 sebuah buku ilmiah! Motivasi ka..serius.bukan x cuba.pernah cuba.cuma ada byk faktor yg mempengaruhi minat membaca aku..

Pilo toq:kisah santai mencuit hati.bru baca 25 mukasurat..hqha.. Dah rasa mcm nak buat cerita sendri. Ni versi isteri2 pulak..hahaha

Tq sahabat. Hadiahkan kami buku-buku ini. Sumpah aku hampir percaya drama sebabak tu.. Kecewa aku,bila bukak sampul tgk xde kad,aku dah kena tipu!! Hahaha

Haa.. Jga2 aku pun kuat drama.. Ada ubi ada batas okey!haha

P/s: insyaallah...insyaallah... Akn try pilo toq versi tiena! 

kenderaan besar di hadapan

Assalamualaikum..

Aku xtau kenapa.. Tapi idea ak mencurah2 bila tgh drive sorg2..

Baru2 ni aku drive nak balik kg..haruslah kan.. Xkan aku nak spent time kt penang sorg2.. X m.u.n.g.k.i.n.

Msa dalam perjalanan aku membontoti sebuah mpv ni.. Tak ada niat memotong memandangkan speed limit on the bridge is 70km/h dan aku pun bru je dpt surat cinta dr pokcik polis.

Korg paham2 la kan..(eh kereta apatah aku follow?? Van kot).. Tp ckuplah untuk memblock terus pndgn aku .nampak bontot dia jelah..

Tapi apakan daya... Bila tgk kereta blkg aku memotong dr kiri satu demi satu.(ak duduk lane paling kanan)

Eh tak payahlah... Potong kiri pun sat lg stuck jugak..

Aku folow lg.. Speed 80km/h..tp lama-kelamaan ak xmampu nak bertahan lg.. Line clear je aku terus masuk kiri..

Oh my!!! Ada satu je kete depan dia.n depan kete tu kosong.kosong!

Yeah itu dia..

Nampak tak.. Bila kita takut nak amek risiko..kita akan terkandas selama-lamanya.. Walaupun kdg2 nasib bukan selalu di sebelah kita,tp siapa tahu kan..kalau pilihan kita salah,kita belajar. Kalau pilihan kita betul pun kita belajar. Tuah ayam nampak kt kaki,tuah manusia tak siapa yg tahu.

Kesimpulannya,tidak salah kita terus mencuba dan mengambil risiko untuk berjaya!

P/s: baru berjaya siapkan entry ni! Terbengkalai beberapa hari.. Hehe

.happy birthday love.

Hehehe..

Alkisahnya xplan langsung nak buat surprise untuk D tahun ni sbb D ckp nak dtg penang hari yg sama dgn birthday beliau..
(And actually, xdan sama nk fikir..kalut ng sekolah.gedebuk sana,gedebuk sini)

Tup tup i dpt bunga??? Hoihhh... Mna blh kalah ni.i always be the sweetest partner ever..haha

Hari ni i dpt bunga,dua hari lg birthday D. Mula la google-ing,ig-ing,facebook-ing kedai kek,kedai bunga dan sewaktu dgnnya..

Akhirnya terjumpa dlm pkcik google, kedai kek-Sueka kek. Buat delivery..yes.

.... Err..kak tp esok birthday husband sy.smpt ke?...

Kahkah..last minute betol aku.haha

Akhirnya, tersurprise jugak pokcik D saya tu.ampunnn sgt.thun ni xde jersey MU.tu sebulan kena tempah.hahah..

Tq kak sue.merealisasikan impian sy.kwn2 opis D ckp sedap. Korg boleh cari facebook kak sue: sueka kek syuhair sue.

Hehe..

Happy birthday hubby dearie..may all of the happiness and blessing be around us.may Allah gives us strength to stay stronger!




..sweet like candy..

U made my day!

What else to say.gula jatuh harga la hari ni.sume rasa manis..haha
Sweet laki aku ni.
Camane ak nak jd sweeterter ni? Haha
Kelas berderet dr 7.30pg,naik bilik guru ada bungeee??

What do u expect? Haha 

Tapi dah xshaking terkejut beruk mcm first time dulu la..cuma mmg x dpt agak lgsg.


Pandai no..hehe

Tq D,for this lovely flowers..really made my day..

Love u till the end.

P/s: sweet2 forever oke! 





-tugas 2015-

There is always a first time for everything...

Assalamualaikum..

Nampaknya tahun percubaan puan bos untuk aku dah tamat.tahun ni bakal menjadi tahun kedua aku sbg cikgu pss..

 Sbb apa ak kata thun percubaan?

Sebab.. Last year ak pegang hoki n library saja.xdak tugas lain..kecuali ajk majlis2 sekolah la..

Tahun ni,puan bos tambah sket lg cabaran untuk aku..situ sikit sini sikit.. Mgkin puan bos merasakan yg aku dah sedikit expert pasal pss.(oh.nak suruh aku urus xpa.jn suruh aku hafal la kod2 dlm pss tu.wuuuu) Xpa.. Selagi mampu,ak buat..amanah kn.

Dan dlm byk2 tu,yg paling aku tunggu2... Jeng jeng jeng

Cik Lola bakal beraksi.
Sorry Lola belum jumpa partner lg.
Belum jd puan.
Hahaha


Err..Guru penasihat kelab je pun.. Hahaha.. jadilah.. Hrap semua berjalan lancar..

Ps:teringin nak ubah angin la rasanya..puan boss is so dedicated, talented, optimist,educated etc..i cud hve learn so many things.. Byk yg perlu dikorbankan untuk menjadi spt beliau..bukan nak jd mcm beliau.tp lebih baik dr beliau.
Wah perasaan!
Haha..

Sebenarnya aku nk ckp,ak nak try boss yg sempoi2..haha
Nk try jd ckgu yg pg sekolah nak ajar budak dia je.xde pk hal lain..
Haha

Perasaan lg.

Nak tukar sekolah lah! Xmo pjj lama2.
Hehe

Bersabarlah sayang... Saat indah kn menjelma juga..
(Lagu nasyid)

Mm i shud have stop now. Otherwise it will be out of topic again..
Ha.ha.

Sen jojes,be nice to me this year pls..




.aura seorang chekgu.

Aura seorang chekgu??
 Assalamualaikum..

Dalam meeting pagi td(bbrapa hr lepas) puan boss tunjuk feedback dr student.berkoyan2.. Aku xtau bila masa beliau kutip n sape pulak yg tolong taip.hoho

Ada yg boleh diterima akal,ada yg mengada2.. Wah kemain bdk2 sekolah aku komen cikgu2 dia..makanya kena terima dgn hati yg terbuka..walopun ada sisa2 ego.kita dlu berani sgt nk hntr feedback2 bagai ni..surat layang ada la kot?? Kehkehkeh.. (Tp bukan aku la. Ak dlu baik. Skrg je nakal sket) ish2..

Kemudian beliau bercakap pulak psal etika pakaian..
"Biar org tgk kita,org boleh agak kita cikgu"

Aura cikgu katanya...

Ak pulak buat lawak dengan ckgu sebelah aku, "pakai nametag jelah gitu!"
Heheh.. Aku sengih..

Aura seorang guru... Ak rsa ak ni xde aura cikgu lg kot. Dgn fizikal aku yg kecik,muka pun xbrapa nak mature,perangai pun dok huha huha.. Aura tu cuma ada bila aku pakai baju rasmi aku.kot?

Krik krik krik

Aura cikgu bukan hanya pada pakaian. Tp pd wajahnya tergambar ilmu yg penuh di dada.. Ada pancaran educated di situ.
Orang berilmu,dia xbnyak bercakap tp bekerja.tak banyak pula ketawa tp tersenyum. Tak emo tp bertindak guna kewarasan oakal dan hukum Allah Taalla..

Mungkin..
Org tak perlu tahu siapa aku.. Agar kelemahan aku tidak mencalarkan nama baik seorang cikgu.. (Eh yg baca blog n kenal sapa aku mmg taula ak cikgu) hehe

Yg penting,akan ak laksanakan tugas seorang cikgu sebaik mungkin dan semampu aku. (Keje ckgu dulu x mcm skrg.jdlah ckgu dulu baru kluar statement hat ckgu goyang kaki tu)

Saham akhirat.smoga yg kami smpaikan adalah ilmu yg bermanfaat.biar org xnampak di dunia,tp ada harta yg boleh dibawa ke akhirat kelak....

Hehe. i dont celebrate new year today because new year has been started since muharam,1st.

P/s:esok2 la aku update cte 2014  ..